Artis / Selebriti
” Best gila Kepom nyanyi irama tradisional. Gemersik cukup berlemak suara tu.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video Elly Mazlein Dan Haziq Rosebi Berduet Menyanyikan Lagu Umpan Jinak Di Air Tenang Raih Pujian Ramai. Alahai Lunak Merdu Sungguh Suara Kak Lina Menyanyi Lagu Tradisional. Lenggok Suara Tu Sedap Betul !!
Saban minggu pasti peminat setia stesen radio Era FM akan menantikan nyanyian Elly Mazlein bersama tetamu jemputannya. Pada minggu ini, bekas juara Akademi Fantasia, Haziq Rosebi menjadi peneman Kak Lina dan turut berduet bersama menyanyi satu lagu tradisional.
Haziq memang terkenal dengan suara klasiknya yang mendayu-dayu. Kesempatan ini digunakan untuk Kak Lina untuk berpadu suara bersama Haziq mendendangkan lagu berjudul ‘Umpan Jinak Di Air Tenang’. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Era, video nyanyian mereka berdua telah pun dimuatnaik.
Jolokan ‘Penyanyi Berskala Besar’ adalah gelaran yang selalu Kak Lina sebutkan. Bukan sekadar cakap-cakap, Kak Lina membuktikan dia sememangnya penyanyi yang serba boleh. Bukan hanya lagu berirama balada sahaja tetapi lagu berirama tradisional juga dibawakan dengan sempurna.

Kak Lina dengan jenaka spontannya berpisah tiada. Nampak sahaja seperti menyanyi sambil lewa tetapi apabila Kak Lina membuka mulut, boleh melopong pendengar dibuatnya. Lunak sungguh suara Kak Lina, tidak puas mendengar suaranya itu. Haziq juga tak kurang hebat suaranya, sama-sama bersuara merdu.
Jom tonton video di bawah :
@era.je Kepom memang berbakat besar, sesuai dengan tagline Penyanyi berskala besar 🤣 Irama tradisional pun dia sapu!!! Boleh la keluar lagu sama dengan @haziqrosebi kan? #CartaERA40 #ERARadioNo1PalingLegit
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Kak Lina kepom memang berskala besar. Semua kategori sapu habis… no syatu.. Kepom lagu apa dia nyanyi semua best.. ”
” Klasiknya suara haziq… tak kurang hebat suara kak kepom.. letop.. Apa sahaja genre lagu semua kepom sapu. best gila kepom nyanyi irama tradisional.. gemersik suara tu.. ”
” Berskala besar la dia.. suara power kak lina ni. nk mintak kak kepom nyanyi lagu sabar la hati, mbest btul lagu kk kepom sabarlah Hati.. ”
” Lunak suara dua-dua.. terbaik lah.. Tak jemu dengar, halwa telinga yang mengasyikkan. suara kak lina tu sedap betul.. ”
” Aku duk tunggu kepom yang ni la.. cukup berlemak suara kepom ni, lunak dia tak boleh nk cerita. Kepom memang penyanyi berskala besar.. ”
” Akhirnya kak lina duet dengan haziq.. terbaik. merdunya suara kak lina bila nyanyi lagu tradisional.. ”
” Gandingan yang mantap.. sedap betul duo ni.. kenapa lah sedap sangat ni.. love sangat-sangat.. tak puas dengar, nak lagi kepom versi full.. ”
Lunak dan berlemak sungguh suara Kak Lina, bergandingan pula dengan Haziq, memang sesuai sangat. Kak Lina semestinya ‘penyanyi berskala besar’, semua genre lagu Kak Lina boleh dendangkan dengan sempurna. Terbaik lah Kak Lina Kepom, versatile sangat.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti1 day ago Artis / Selebriti1 day ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti3 days ago Artis / Selebriti3 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
