Artis / Selebriti
” Best duet ni, umpama klon suara Siti Nurhaliza dan Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
Video anak Shuib Sepahtu, Thalita dan anak Siti Sairah, Amad berduet menyanyikan lagu Seribu Kemanisan raih pujian ramai. Bila dua-dua bergabung, meremang dengar suara. Comel je masing-masing malu tapi tetap bertentang mata. Duet yang sweet..
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Shuib Sepahtu, telah dikongsikan satu video yang memaparkan nyanyian antara Thalita dan anak lelaki Siti Sairah Taruddin, Amad. Gandingan Thalita dan Amad ini antara yang dinanti-nantikan oleh ramai pengikut Thalita dan Amad.
Menurut kapsyen yang dituliskan oleh Shuib, Thalita dan Amad akan berduet bersama pada majlis perasmian restoran Nasi Bakar Bangkit Cheras pada hari Sabtu akan datang. Ini adalah kali pertama Thalita dan Amad digandingkan dan mereka kelihatan malu-malu.
Thalita sudah diketahui kehebatan suaranya yang saling tak tumpah seperti suara ibunya, Siti Sarah. Amad pula turut memukau ramai orang sebelum ini dengan nyanyiannya yang padu dan memiliki tone suara yang tinggi dan nyaring seakan suara ibu saudaranya, Dato’ Seri Siti Nurhaliza ketika muda remaja.

Menerusi video ini, Thalita dan Amad berpadu suara menyampaikan lagu Seribu Kemanisan dendangan asal DS Siti. Baik Amad mahupun Thalita ada keistimewaan dan tone suara tersendiri. Gandingan yang serasi dan boleh mencipta fenomena andai diberikan peluang.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Suara dekta ada tone mcm arwah ibunya.. boleh dgr hujung2 tone dia.. Amad terbaik, Thalita masih ada gementar tapi best.. “
” Thalita hebat low note mcm ibu dia.. sedappp gila suara dua2 org ni.. nnti boleh buat album duet lak hahah.. “
” Umpama klon suara Siti Nurhaliza dan Siti Sarah. Love dua-dua Thalita dan Amad. Dah banyak improve suara Thalita.. “
” Suara talita makin padu, best lah dua dua ni please nak full shuibsepahtu.. Bagus duet ni, semoga success ya anak-anak.. “
” Wow power lah.. meremang bulu roma dengar suara Amad dan dekta…. sedap sesangat… sedap tone tone dorang berdua ni.. “
” Power voice thalita n Ahmad ni… sedap dengar.. Berulang² kali dgar…. sedap sgt tone diorg ni .. please Ajai buat lagu duet utk diorg.. “
” Sgt impressed ngn suara dekta. . Suara makin mahal ni.. Teruskan dekta.. Awak ada suara yg sedap.. bila berpadu suara dengan Amad, makin padu.. pelapis pasangan duet ni.. “
Seronok warganet mendengar duet antara Thalita dan Amad itu. Ini baru sesi latihan, jika live nanti tentu lagi mantap paduan suara mereka berdua. Apa-apa pun, good luck Thalita dan Amad untuk show pada hari Sabtu nanti dan lakukan yang terbaik untuk hiburkan semua tetamu yang datang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shuib Sepahtu, Tiktok Shuib Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

