Artis / Selebriti
” Handsomenya anak Eina ni, hidung mancung, dagu belah lagi.. ” – Komen Netizen
Datin Paduka Eina Azman kongsi video terbaru anak lelakinya, Karl Kareef raih perhatian ramai. Fuh segak betul Karl sekarang. Bukan setakat comel tapi handsome sangat..
Datin Paduka Eina Azman dikurniakan sepasang anak kembar hasil perkahwinannya bersama Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah yang diberi nama Karl Kareef dan Arianna Aubrey. Kedua-duanya membesar dengan sihat dan baru sahaja menyambut ulangtahun kelahiran mereka yang ke 9 pada bulan Mac yang lalu.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Eina Azman, telah dikongsikan satu video terbaru anak lelaki Eina yang mesra dipanggil Karl. Jika ketika kecil dahulu Karl agak chubby tubuhnya, sekarang Karl sudah berubah menjadi lebih kurus. Ramai yang mengagumi dan memuji ketampanan wajah Karl.
Wajah Karl dengan imej berambut pendek menambahkan lagi ketampanannya. Memetik komen warganet, baru usia kecil sebegini sudah terserlah wajah handsome Karl. Apabila besar nanti, mesti wajah Karl akan lebih kacak dan menjadi pujaan ramai.

Ada juga di kalangan warganet yang mengatakan wajah Karl seakan mirip dengan wajah kerabat diraja Johor iaitu Tunku Abu Bakar. Karl memiliki hidung yang mancung dan dagunya juga terbelah. Menerusi video tersebut, kelihatan Karl begitu rajin menolong Eina membawakan handbagnya.
Jom tonton video di bawah :
@einaazman13 Thanks Boyfie 😘 @AUBREYKARL #einaazman #mysweetboy #karlkareef #twins
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Makin besar makin handsome lah Karl.. besar nt mommy dia jenuh la tepis calon menantu rmai sgt.. “
” Kecik kecik pun dah handsome tunggu besar sikit la mesti handsome giler.. mcm Tunku Bo masa kecil Tunku Abu Bakar (yg bongsu)… Ank Sultan Johor.. “
” Masa dia lahir aku excited sbb kembar, tau dh besar ya.. hensem n cantik pulak tu.. omg aunty makin tua ke ni.. “
” Comel betul lah ank bujang Aina ni besar esok ramai yg minat apa2 belajar dulu smpi pndi jadi lah anak yg soleh blh bwk ibu Dan ayah ke jannah Allah.. “
” Bapak handsome Karl Kareef ni weh.. ni dh besar mau ramai nak jadikan menantu hahahaha.. aura old money mu terlalu kuat dik.. “
” Alamak cepatnya masa berlalu. Rasanya baru je tengok diorang pakai pampers dekat IG. Haihh cair aunty tengok, handsome elok sungguh Karl ni.. “
” Wah dah besar Karl. Comel good looking boy.. muka keturunan kerabat bangsawan ni… dulu tengok time baby baby lagi.. sekarang dah besar.. “
” Handsome nya anak Eina ni, hidung mancung, dagu belah lagi. Aduh banyak peminat ni nanti.. segak sungguh.. “
Kecil-kecil lagi Karl sudah kelihatan kacak sebegini. Tak kurang juga kembarnya, Aubrey yang semakin cantik dan manis sekarang. Apa-apa pun, semoga Karl dan Aubry menjadi anak yang soleh dan solehah serta insan yang berjaya di dunia dan akhirat.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Eina Azman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

