Artis / Selebriti
” Best dapat duit raya, semacam tebalnya.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Hairul Azreen Kongsi Gambar Bertemu Tan Sri Vincent Tan Raih Perhatian Ramai. Wah Dapat Angpau Lah, Bukan Main Tebal Lagi Nampaknya. Banyak Ong Lah Hairul !!
Pertemuan tanpa sengaja ketika bercuti di Pulau Redang tahun lalu antara Hairul Azreen dan jutawan terkenal, Tan Sri Vincent Tan membuahkan jalinan ukhuwah. Tidak terhenti di situ sahaja, baru-baru ini juga Hairul sekeluarga mendapat jemputan menaiki pesawat peribadi Tan Sri Vincent.
Kata peminat, Hairul sekeluarga sudah seperti anak angkat kepada Tan Sri Vincent. Malahan Alisa dan Yusuf juga nampak mesra bersama Tan Sri Vincent. Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Hairul, beberapa keping gambar Hairul bertemu Tan Sri Vincent di Berjaya Group dipaparkan.
Masih lagi dalam mood Chinese New Year, Hairul menerima 4 keping angpau berwarna merah daripada Tan Sri Vincent. Dengan kapsyen pendek tertulis ‘ Yeay dapat duit raya ‘, perkongsian oleh Hairul ini menarik perhatian peminat.

Bukan biasa-biasa angpaunya dan nampak tebal bak kata peminat di ruangan komen. Untung sungguh Alisa dan Yusuf pun dapat duit raya tahun ini. Kalau sudah rezeki, tak akan ke mana. Wajah Tan Sri Vincent yang seakan-akan wajah ayah Hairul membuatkan mereka berdua nampak seperti anak dan ayah pula.
Jom baca perkongsian di bawah :
(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Perkongsian oleh Hairul ini meraih lebih 100 ribu tanda suka daripada peminat. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan :
” Sampul bagi kau, isi kau bankin pada aku bro k hehe. Nampaknya sungguh menebalkan, untunglah.. “
” Hairul amik sampul, isi bagi saya hehe. saya perasan yg wajah ayah hairul azreen sebijik muka macam Tan Sri Vincent Tan. Rezeki Hairul sekeluarga.. “
” Kaww isi dalam tu, tebalnya angpau. alhamdulillah rezeki awak sekeluarga bos. Macam anak dengan bapa pun ada.. “
” Syukur Alhamdulillah semoga senantiasa dilimpahi kesihatan dilindungi Allah sekeluarga maju jaya career Aamiin.. “
” Tebal tu, dapat sekeping pun jadi lah hehe. Alhamdulillah rezeki tu, tapi Bujibu punya mana haha. Meraj0klah Bujibu.. “
” Alhamdulillah rezeki Hairul, duit raya tebal tu bang. Tan Sri pun iras iras muka ayah Hairul dah. Macam ayah dengan anak.. “
” Wow nampak ketebalan sampul tu, bankin sikit bang haha. Alhamdulillah rezeki, Tan Sri sayang betul Hairul ni.. “
” Best dapat duit raya, semacam tebalnya. Sampulnya tebal tebal belaka. Bertuahnya Hairul, so generous of Tan Sri Vincent.. “

Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Tentu gembira Alisa dan Yusuf dapat angpau daripada Tan Sri Vincent. Apa pun, semoga ikatan yang terjalin ini berkekalan sampai bila-bila.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hairul Azreen
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti22 hours ago Artis / Selebriti22 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
