Artis / Selebriti
” Berdekah gelak weh tengok ni. Dah macam bertemu kembar, haha.. ” – Komen Netizen
Video Tiktoker Mark Warn buat parodi di rumah Dato’ Aliff Syukri buat ramai terhibur. Bibik Tudung dan Ammar Ahyan pun main peranan. Part kena menyanyi lagu Serbuk Arang Gigi D’Herbs tu kelakar. Pecah peluh Mark Warn kena dengan DS Aliff, haha..
Baru-baru ini, seorang tiktoker yang dikenali dengan nama Mark Warn telah membuat video parodi mengenai telatah usahawan terkenal, Dato’ Seri Aliff Syukri. Perkongsian video itu membuat ramai yang menontonnya terhibur kerana sangat kelakar.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram DS Aliff, telah dikongsikan video yang memaparkan Warn membuat parodi di rumahnya. Menerusi video itu, pada awalnya Warn kelihatan sedang tidur di atas katil dan terus bangun berlari-lari di ruang tamu memanggil nama-nama anak DS Aliff iaitu Ammar dan Cess.
Namun begitu, apabila Ammar datang kepada Warn, dia mengatakan Warn bukan abahnya. Dalam masa yang sama, Warn berkata dia adalah DS Aliff yang sebenar sambil menyanyi lagu yang pernah dinyanyikan oleh Ammar bersama abahnya iaitu Serbuk Arang Gigi D’Herbs.

Tiba-tiba, DS Aliff muncul dan berkata kepada Warn adalah lelaki yang viral meniru gayanya. Sekali lagi, Warn menyanyi lagu Serbuk Arang Gigi D’Herbs untuk menyakat DS Aliff. Perkongsian video pada kali ini juga membuat ramai terhibur menonton telatah Warn bersama DS Aliff.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dengan perkongsian video tersebut dan pelbagai respon telah diberikan warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Berdekah gelak weh tengok ni. Dah macam bertemu kembar, haha.. Dah knp Datuk jadi gagap2 ni bila jumpa copy ory dpn2.. “
” Terkejut wehh… Hahahaha tgk nama Dato Aliff, tapi waarn yang baring.. Hahaha.. Serius nampak macam serupa ha dorang ni.. “
” Gayu tu sama, tapi bukan dia, ahahah.. Berdekah aku dengar Amayan cakap Dato’ Aliff tak pakai baju kalau tak iron, hahaa.. “
” kembar papa dah sampai rumah dah.. Harey la time Amayan cakap terus jadi loading.. Sekali Dato Aliff pun loaading jg… “
” Geram laa tiap kali jadi dato alip syukri mesti panggil amayan dengan cess, haha.. Datin tak panggil pulak yer.. Lawak lah.. “
” Dah lah, penat gelak tengok video ni, ulang banyak kali pun tetap gelak tak berhenti.. Tak pasal2 bibik tudung pun kena berlakon juga.. “
” Memang kena report tu sbb tiba ada dalam rumah.. Tido kat umah lain bgn kat umah Dato.. Ada ilmu ghaib dia tu Dato, hahahaha.. “
Telatah Warn bersama DS Aliff sememangnya sangat mencuit hati, lagi-lagi melihat Bibik Tudung dan Ammar juga turut terpaksa berlakon. Apa-apa pun, perkongsian video ini hanyalah sekadar content DS Aliff bersama Warn untuk menghiburkan kita semua.

Silakan SHARE..
Sumber : IG aliffshukriterlajaklaris
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

