Artis / Selebriti
” Beraninya Mira, macam tu je dia lompat.. ” – Netizen
Keberanian Mira Filzah Melakukan Terjunan Bungee Buat Ramai Kagum. Wah Hebatnya Mira, Kita Pulak Yang Rasa Nak Tercabut Jantung Melihat Ketinggian Terjunan Mira. Memang Terbaik Lah !!
Jika anda takut akan ketinggian dan berasa gayat ketika berada di tempat yang tinggi, pastinya anda tidak mahu melakukan aksi terjunan bungee. Tetapi tidak semua orang berani melakukan aktiviti ini walaupun anda seorang yang tidak gayat.
Bagi pelakon Mira Filzah, melakukan aksi terjunan bungee merupakan salah satu impiannya. Akhirnya impian Mira ini tercapai apabila Mira telah berkongsi sebuah video yang mana Mira melakukan aksi tersebut. Untuk pengetahuan, Mira melakukan terjunan Bungee di New Zealand.
Video yang berdurasi beberapa saat ini telah membuatkan ramai peminat Mira berasa kagum dengan keberanian Mira. Ternyata Mira seorang yang sangat berani walaupun penampilan Mira yang lemah lembut. Mira tidak teragak-agak untuk terus terjun.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 45 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Mira membuktikan yang Mira merupakan seorang yang berani dengan ketinggian dan pastinya satu kepuasan buat Mira apabila berjaya melakukan aksi ini.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang kagum dengan keberanian Mira melakukan terjun bungee. Antara komen-komen yang diberikan :
” Mira Terjun pun sopann, kalau kita tu dah tak nampak rupa manusia dahh.. Sama tempat laa kite jump.. Next skydive pulak mira.. “
” Bestnyaa dpt buat ni, xdk spa nk ajk ak kaa buat ni. Tringin laa .. kalau ikut berat kaksokdah ni mau masuk laut tu terus.. tali putus.. “
” Mcm tu ja dia lompat alahaiiii lembuit lutuit ceq.. beraninya mira.. kalau saya gadis lesen, awak gadis daredevil yahhh. daebakkkk.. “
” I buat kat sunway lagoon pun dh ketar lutut.. tp alhamdulillah bjaya jgk la smpai ke bawah.. Mira yang terjun, I’m the one who peed in my pants.. “
” Seramnya… tahniah mirafilzah anda cukup berani.. lembut bukan sebarang lembut.. Salute power wanita berani tahap gaban ni.. “
” Berpeluh tangannnn kitaaaa tengok Tapi teringin.. Bg 1 juta pun kknoor tak mauuuu aaaaaaaa. Tahniah kerana berani .. “
” Betul2 ayat iklan dia yg “kecil2 cili padi” sesuai dgn mira.. sgt berani.. Sy yg tgk Mira buat mnde macam nk yercabut jantung wehh.. “
Wah, nampak sahaja Mira seperti seorang wanita yang lemah lembut tetapi sangat berani melakukan aktiviti lasak sebegini. Tahniah buat Mira Filzah kerana berjaya melakukan terjunan dengan baik dan tercapai apa yang dihajati selama ini. Amir mesti bangga ibu dia berani seperti ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Mira Filzah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen


