Artis / Selebriti
” Bedal la Jahhh, janji ada bunyi sudah.. ” – Tomok
Video Tomok Berduet Menyanyi Lagu Memori Mungkin Berulang Bersama Anaknya, Siti Khadijah Buat Ramai Terhibur. Alololo Comelnya Suara Dadija Menyanyi. Tengok Syok Dadija Menyanyi, Tiba-Tiba Ayah Bersin Lah Pulak, Haha !!
Anak-anak penyanyi Tomok atau pemilik nama sebenar Shah Indrawan Ismail sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat comel mereka. Terbaru, Tomok memuatnaik sebuah video sedang menyanyi dengan anak perempuannya, Siti Khadijah di akaun Instagram miliknya.
Lagu yang dinyanyikan oleh Tomok dan Khadijah atau mesra dengan panggilan Dadija adalah lagu terbaru Tomok bersama Siti Nordiana, Memori Mungkin Berulang. Menerusi hantaran tersebut juga, kelihatan Dadija menghafal dan menghabiskan lagu itu dengan penuh yakin meskipun ada nyanyian Dadija diperbetulkan oleh Tomok.
Tulis Tomok di ruangan kapsyen mengatakan akan mengajak Dadija berduet bersama ketika di konsert New Boyz nanti. Sekali lagi perkongsian ini menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan Dadija mewarisi bakat daripada ayahnya dan suara Dadija begitu comel ketika menyanyi.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 4,o25 tanda suka dan lebih 100 komen. Ke mana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi. Dadija betul-betul mewarisi minat dan bakat Tomok. Baru berusia 3 tahun lebih sudah boleh hafal lagu baru ayahnya, pandai lah Dadija ni.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video Tomok ini dan pelbagai respon diberikan warganet. Antara komen-komen menari adalah :
” Bagusnya dia hafal lg ayah dia. Amazing Khadijah.. Suka betul kalau tengok video Khadijah menyanyi, comel sangat dia tau.. “
” Sib baik dijah tahu tanam akan jadi buahhh tak macam aunty nana hahahaha.. Last part tu kelakar, ayahnya pula bersin, haha.. “
” Dadija ni muka manjang senyum jerr.. Ok lah boleh lah… SBB awak comel… Lulus lah. Lagu ni ada juga ke time konsert nanti.. Haaa pecah lubang.. “
” Allolooo comeynya dijahh, cubit skitttt.. Ada bakat betul Dijah nie.. Nanti besar boleh duet buat single dengan ayah pula ok.. “
” MasyaAllah bijaknya, dia boleh ingat kan lirik lagu tu.. Serius comel sangat anak perempuan Tomok ni, senyuman dia manis sangat.. “
” Kecik2 dulu jarang nak nampak dia senyum.. Sekarang ni, senyum je memanjang.. Hebat lah Dijah ingat lirik lagu ayah.. Kagum tengok.. “
” Wow dia hafal lirik.. Bolehla Dijah.. Haha omey betul suara dia.. Hahahaa anak baru nak layan nyanyi, ayah pula bersin..
Untuk info, Tomok mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan hatinya, Siti Rahayu. Hasil perkongsian hidup bersama pasangan ini telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Arrian Shah Akid, Andra Shah Iman dan Siti Khadijah. Semoga anak-anak Tomok terus membesar dengan baik serta berjaya dalam apa jua bidang yang diminati mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : IG tomokofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

