Artis / Selebriti
” Adui lirik Dijah, terbahak aku ketawa. Mak siapa lah Dijah sebut tu, haha.. ” – Komen Netizen
Tomok kongsi video anak perempuannya, Siti Khadijah menyanyi lagu Nadeera, Bukan Lagi Kita buat peminat terhibur. Adui Dijah, siap buat lirik sendiri. Berdekah gelak part ‘ mak kau ‘ tu. Lawak betul, haha..
Tomok mempunyai seorang anak perempuan yang diberi nama Siti Khadijah. Pejam celik, Khadijah kini sudah pun berusia 5 tahun. Seorang anak yang baik dan tidak banyak ragam, Khadijah juga sama seperti abangnya, Arrian dan Andra yang mempunyai minat menyanyi.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Tomok, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Khadijah sedang menyanyikan lagu popular Nadeera Zaini berjudul ‘Bukan Lagi Kita’. Khadijah menyanyikan lagu ini dengan penuh perasaan dan ianya mencuit hati semua.
Ianya normal untuk kanak-kanak seusia Khadijah jika menyanyi pasti akan berbeza liriknya dengan lagu asal. Lirik Khadijah juga begitu, ada yang lari jauh dari lirik sebenar. Walaupun bunyi pelat, Khadijah tetap memberikan nyanyian yang terbaik untuk semua.

Tergamak sungguh Khadijah menyebut ‘ mak kau ‘ dalam nyanyiannya ini. Bak pertanyaan Tomok, ‘ ada ke lirik ‘ Mak Kau ‘ dalam lagu ini ‘ sambil diakhiri dengan emoji ketawa. Jika Nadeera dengar pun tentu Nadeera akan terhibur. Entah mak siapa lah Khadijah sebutkan itu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Nasib tak mak ko hijauuu…. selalu sangat nampak dibu jadi dragon kot.. haha.. ni lirik baru ni kan dijah haha.. “
” Mak siapa yang bersalah ni dijah oii.. adui sampai keras perut aku ketawa dengar dijah nyanyi.. yang penting confident dah ada hehe.. “
” Haha ketawa sampai meleleh air mata kita. O mak kau, haha lawak dijah ni. cute betul lirik dia.. part last tu ‘ kita’ panjang nafas dia.. “
” Terbaik lah dijah, hiburkan hati ayah tengah sakit tu. Cepat sembuh yer Tomok.. sekarang ni mak siapa ni yang nak bertanggungjaawab.. “
” Lantak la janji dia happy hahah.. mak siapa pulak ni Dijah haha.. pandai sungguh anak dara tomok nyanyi.. “
” Adui lirik Dijahh terbahak aku ketawa. mak sape lah dijah sebut tu.. tersedak lah mak.. nasib ditak sebut mak ko hijau.. “
” Pengganti acik Ramlah Ram ni.. “Kau yang menghancurkan mak kau sendiri” wehhh deep lirik dijahh ni haha.. mak siapa lah yang kena hancur tu haha.. “
Ketawa besar warganet mendengar lirik ciptaan Khadijah. Memang deep sungguh sampai melibatkan mak, Khadijah memang seorang yang kelakar. Ini baru sedikit sahaja nyanyian Khadijah yang Tomok kongsi, jika full song entah apa lagi lirik baru yang Khadijah sebut, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Tomok
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

