Artis / Selebriti
” Bebetul ada vibe arwah Sarah la dia ni, perangai lebih kurang je.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Video Shuib Sepahtu Dan Keluarga Membuat Surprise Birthday Untuk Watie Hanifiah. Seronok Betul Watie Masa Dapat Hadiah Tu, Siap Berjoget-Joget Lagi. Ramai Yang Cakap Macam Perangai Arwah Siti Sarah !!
Watie Hanifiah hadir dalam keluarga besar Shuib sebagai penyeri kepada semua orang. Sikap Watie yang happy go lucky dan kaya dengan kasih sayang ini membuatkan seluruh keluarga menyenangi Watie. Malah Watie juga akrab dengan Makder.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Shuib Sepahtu, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Shuib dan ahli keluarga yang lain termasuk Raissuddin dan Makder membuat kejutan hari lahir buat Watie. Fikirnya surprise akan menjadi tetapi rupa-rupanya Watie sudah dapat menghidu lebih awal plan Shuib.
Pada awal video, Shuib mengatakan dia terlalu sibuk dan tidak sempat membuat apa-apa persediaan untuk menyambut hari lahir Watie. Watie tetap dengan senyum dan ketawanya serta mengatakan tidak mengapa kerana dia menerima Shuib seadanya.

Selepas itu, semakin lebar senyuman Watie apabila mendapat kejutan daripada semua. Dapat hadiah mahal daripada Shuib dan Makder, melompat-lompat dan berjoget Watie kegembiraan. Seronok warganet melihat gelagat Watie dan kemesraan mereka sekeluarga.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Lama-lama tengok muka watie dah iras-iras talita.. orang kata kalau kita ikhlas sayang.. lama-lama air muka akan jadi sama.. ”
” Seorang yang sangat happy go lucky watie ni.. dengar dia ketawa, dengan kita sama ketawa. happy birthday watie. Semoga yg baik2 je utk watie dan keluarga.. ”
” Sama birthday kita.. happy birthday mommy watie.. smga Allah permudahkn sgala urusan kalian.. smga bhgia bsama tsyg hgga ke syurga.. ”
” Aku minat g1laa dengan kakwatieee ni.. diaaa soft spoken weh.. baik lemah lembut pulak tu.. ”
” Kenapa saya tengok Watie dah seiras Talita pulak. Happy Birthday Watie.. ya Allah bebetul ada vibe arwah Sarah laa dia ni. moga segala kebaikan mengiringi watie skeluarga aminnnn.. ”
” Aku tak boleh la dengo watie gelak.. Gelak dia tu kan hahahah kita pon gelak sama.. happy birthday Watie. moga bahagia hingga ke syurga.. ”
” Perangai dia lebih kurang je macam arwah. betul-betul jiwa arwah Ct Sarah Ade dalam diri mommy watie. Happy birthday to kak Watie.. ”
Perangai Watie ini juga disedari oleh warganet serupa seperti perangai Sarah dulu. Apa-apa pun, selamat hari lahir Watie daripada kami di Berita Kopak. Semoga segala impian Watie dimakbulkan Allah dan berbahagia selalu bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shuib Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti21 hours ago Artis / Selebriti21 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 



 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
