Artis / Selebriti
” Baru nampak video Erma kena hauk dengan Cik Semah, ni Betty pula kena. Hidup Cik Semah, haha.. ” – Komen Netizen
Video Betty Rahmad kena bebel dengan ibunya, Cik Semah buat ramai terhibur. Berdekah dengar Cik Semah membebel dekat Betty. Hari tu Erma dah kena, kali ni turn Betty pula. Comel lah Cik Semah membebel, hehe..
Bagi yang suka mengikuti pelakon Betty Rahmad, pasti mengetahui yang Betty sering berkongsi video memasak bersama ibunya, Cik Semah. Pelbagai resepi dikongsikan oleh Cik Semah kepada umum dan perkongsian video-video memasak Cik Semah itu mendapat pujian ramai.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Betty, telah dikongsikan video yang memaparkan Betty dan Cik Semah memasak daging dalca versi Cik Semah. Menerusi video itu, Betty juga turut membantu ibunya memasak. Seperti biasa, celotoh Cik Semah ketika memasak membuat ramai terhibur menontonnya.
Manakan tidak, Betty kena bebel dengan Cik Semah gara-gara kerja yang dilakukannya ketika masak membuat Cik Semah tidak puas hati. Ada warganet mengatakan baru sahaja menonton video kakak kepada Betty, Erma Fatima kena bebel dengan Cik Semah dan kali ini, giliran Betty pula.

Selain itu, komen warganet lagi, menonton video masak daripada Cik Semah tidak pernah merasa bosan kerana terhibur mendengar leteran Cik Semah. Bukan itu sahaja, video-video Cik Semah itu membuatkan warganet seperti melihat ibu-ibu mereka di kampung memasak menu-menu dahulu.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan memberikan pelbagai respon selepas menonton perkongsian video oleh Betty ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Baru nampak video Erma kena hauk dengan Cik Semah, ni Betty pula kena. Hidup Cik Semah, haha.. Penat kita ketawa dengar bebelan Cik Semah.. “
” Memang betul eh kita takleh masak dengan mak ahahah bergaduh je kerja, haha.. Mak aku gini lahhh kalo time aku buh garam.. Dia cukup takut masin, dia eii eiii bykkk tuuu.. “
” Dah melecur dah tangan kau tu.. Dah jom jumpa doc.’ Bukan main perlinya.. Memang kelakar betul lah Cik Semah ni, hahaha.. “
” Arwah mak saya pon macam Cik Semah jiuga, kalau rasa mesti letak akt tapak tangan.. Saya pon ikot macam tu gak.. Semua tu kenangan sangat.. “
” Nampak sangat tak biasa masuk dapur, haha.. Alhamdulillah ada ibu yang sabar… Hargai lah ibu sementara masih ada.. “
” Mak tetap mak, even anak dah 2 3 anak sendiri, dah umur 30 40 tetap kena bebel. Semoga sihat sentiasa Mak Semah. Amin.. “
” Telatah mak semah ni is a must watch daily. Tq anak2 mak semah kerana share telatah mak semah. kalau tak tgk sehari, rinduuuuuuuu.. “
Meskipun setiap kata yang diucapkan Cik Semah kepada anak-anaknya didengar seperti marah, namun ianya adalah kata-kata nasihat yang sangat berguna. Beruntung Betty, masih memiliki ibu dan suka memasak pelbagai juadah yang menarik buat Betty sekeluarga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG bettyrahmad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

