Artis / Selebriti
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
Video reaksi anak sulung Ina Naim, Hadie apabila adik perempuannya ingin muncul dalam sesi live raih pujian ramai. Hadie ni memang ciri-ciri abang yang baik. Bertuah siapa dapat Hadie ni..
Meninjau ke akaun Tiktok About.Hadie, perkongsian sebuah video yang memaparkan satu sesi live Hadie telah meraih perhatian ramai. Menerusi sesi live tersebut, Hadie hendak menyanyikan lagu berjudul Rapuh sambil melayan adik perempuannya.
Ketika Hadie sedang menyanyi, adiknya ingin muncul dalam sesi live tersebut, namun dilarang oleh Hadie kerana adiknya hanya memakai tuala di kepala. Hadie meminta adiknya itu memakai tudung dan menutup aurat dengan sempurna terlebih dahulu.
Reaksi Hadie ini membuatkan ramai netizen memuji sikap Hadie. Ternyata Hadie dididik dengan penuh ilmu dan iman di dada. Hadie menunjukkan yang dirinya seorang abang yang baik dan boleh menjaga serta mendidik adik-adiknya.

Perkongsian video ini telah menerima lebih lapan ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Sejak Hadie menyertai program realiti Talk To My Manager, populariti Hadie semakin mencanak naik bukan sahaja kerana suaranya tetapi juga keperibadiannya.
Jom tonton video di bawah :
@about.hadie Rapuh by @ADI? Cover sambil layan adik” #hadie #inanaimxhadie #talktomymanager #ttmm
Di ruangan komen, ramai memuji keperibadian Hadie bersama adik-beradiknya. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Bagusnya hadie suruh adik amik tudung tutup aurat.x bg pakai tuala.. lembut je Adi layan adik2. kena anak2 aku kalau bercakap mcm nak terbalik bumi, Alllahu.. “
” Ya Allah..baik sangat akhlak budak ni lembut dalam bertutur.. macam mana screen record tkde komen ya? cover lagu rapuh dan Dealova Hadie, in Syaa Allah naik view.. “
” Hadie sesuai lagu2 mcm ni.. Hadie ni kn walaupun hanya home school tp penuh adab.. Tgk lh cara dia ckp dgn adik2 dia.. “
” Arwah ayah dia,buka mulut ja sy dah tau suara sapa,mmg suara dia merdu x blh ckp Beruntung arwah tinggalkan anak2 yg soleh soleha.. “
” Allah kelembutan diaaa. abang akuu ajar aku dengar soad dlu. hahahahaha smpai skarang aku minat soad. hailahh abgku.. “
” Hadi kalau pertandingan suara tak mantap sangat, tapi kalau live dan bersahaja lagi menyerlah. adie dah hensem layan adek2 baik sgt.. “
” Ada kekosongan tk utk jadi adik Hadie? Sejuk hati tgk dia layan and bercakap dgn adik2 dia, beruntung adik2 Hadie.. “
Bertuah adik-adik Hadie kerana mempunyai seorang abang yang sangat penyayang dan bertanggungjawab. Semoga Hadie berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya kelak. Sama ada Hadie terus menjadi penyanyi atau sebaliknya. All the best Hadie.

Silakan SHARE..
Sumber : TT Hadie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

