Artis / Selebriti
” Bacaan Ikrar Rukun Negara yang sangat sempurna, tanpa pegang teks. Tempat henti bacaan yang tepat.. ” – Komen Netizen
Video Bella Astillah membaca Ikrar Rukun Negara di Malaysia Sarong Music Run raih pujian ramai. Wah mantap bacaan ikrar Bella, nampak gaya kepimpinan Bella. Salute lah Bella baca tanpa guna teks..
Penyanyi dan pelakon Bella Astillah sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila tampil di Malaysia Sarong Music Run dengan menjadi pembaca ikrar Rukun Negara dengan penuh yakin dan jelas di hadapan orang ramai. Bella juga tidak membaca menggunakan teks.
Bella turut memikat mata ramai apabila tampil ayu mengenakan baju kurung kuning bercorak batik, menyerlahkan keanggunan dan kelembutan dirinya. Penampilan sederhana namun manis itu melengkapkan auranya sebagai selebriti yang bukan sahaja berbakat, tetapi juga bijak membawa imej wanita Melayu moden.
Lebih menarik, program ini turut disertai Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang sering dilihat bersama Bella ke mana sahaja. Walaupun kedua-duanya baru pulang dari luar negara, mereka terus menyertai program ini pula.

Perkongsian ini telah menerima lebih lapan ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Tidak kurang juga yang berseloroh bahawa penampilan Bella kali ini seakan menunjukkan ciri-ciri seorang wanita yang sesuai bergelar isteri kepada seorang YB.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji penampilan Bella dalam membaca ikrar. Antara komen-komen yang diberika oleh mereka :
” Tgk cara Bella ni, dulu mesti ketua pengawas sekolah kan? Terbaikkk bella tnpa skrip. Siapa yg laungkan I love You Bella tu. YB tpaksa ikut Bella ke mana2 lepas ni.. “
” Pagi tadi Bella baru sampai dari france yg pasti dekat sana 2 minggu tidak dapat rehat..11 am hadir event KKM..2 PM pembukaan kedai emas..4pm acara bacaan ikrar dan larian 5km.. “
” Alhamdulillah ada partner jiwa patriotik jugak sempat la berlatih kan hehe terbaik bella bacaan yang jelas didengar .. “
” Yg ni bru laaa ada nilai patner sekerja yg memberi manfaat kepada masyarakat bukan rakan sekerja yg menayang keromentikannn semataaa…. Hat mcm ni yg kita mahukann.. “
” Tahniah bellaastillah .. Bacaan Ikrar Rukun Negara yg sangat sempurna.. Tempat henti bacaan yg tepat. Bacaan ikrar tanpa pegang teks.. “
” Bangga tgk bella skrg,dulu tgk biase² jer..skrg ni dh fly sgt tggi..myb akn tinggi lg bile dh jd hak milik ybss .. Cantik & sopan bakal isteri YB ni.. “
” Baca ikrar kena hafal macam lagu jugak..pembaca ikrar dah dapat task awal. Kena well prepared. Bukan main hentam je. Prinsip rukun negara wajib la hafal.. “
Penampilan Bella Astillah di Malaysia Sarong Music Run bukan sahaja membuktikan kebolehan beliau membaca ikrar Rukun Negara dengan penuh yakin, malah memperlihatkan sisi anggun dan berkarisma yang membuatkan ramai kagum.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Eraje
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


