Artis / Selebriti
” Baby senyum je bila dengar suara kakak Ara dan abang Arif datang.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video reaksi anak Tya Ariffin, Arif dan Azzahra apabila pertama kali bertemu adik mereka yang baru lahir, Aghnia Amira Jiwa. Alahai, nampak Ara lebih excited daripada abangnya. Baby Aghnia pun comel sangat senyum, macam bagi respon..
Umum mengetahui yang Tya Ariffin dan Ashyraf Khalid telah dikurniakan cahaya mata yang ketiga pada 20 Disember yang lepas. Bayi perempuan yang cukup comel ini diberi nama Aghnia Amira Jiwa. Hari ini genap seminggu usia Aghnia.
Meninjau ke akaun Instagram Tya, telah dikongsikan satu video ketika pertama kali abang dan kakak Aghnia datang bertemu adik mereka di hospital. Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa kelihatan begitu teruja untuk bertemu baby Aghnia. Sejurus sahaja masuk ke dalam bilik, Azzahra atau mesra dipanggil Ara terus menerpa ke arah adiknya.
Ara paling teruja untuk melihat adiknya, manakala Arif pula kelihatan tenang sahaja, namun tetap tersenyum manis. Semestinya Ara sangat seronok kerana sudah mempunyai kawan untuk bermain. Malah si adik juga nampak tersenyum apabila mendengar suara abang dan kakaknya.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 21 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Dengan kelahiran cahaya mata ketiga ini, semakin bertambah lagi kemeriahan dan kebahagiaan hidup rumahtangga Tya dan suami serta anak-anak.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen apabila reaksi kedua adik beradik ini. Antara komen-komen yang diberikan :
” Kebahagian semua orang tua lihat anak2 nya akur saling mengasihi menyayangi support satu sama lain masyaallah.. “
” Masya Allah baby senyum je bila dgr suara kakak ara & abg arif dtg jmpa dia.. Reaksi araaa, so precious . Kenapa sy pula yg nangis.. “
” MashaAllahhh what a lovely family and kids allahummarzuqnaa.. Congrats tya & asyrafkhalid . You guys make such beautiful babies, so cuttee.. “
” Syukur alhamdullilah for everything. Masya Allah such a beautiful family. . Nama anknya sama dgn ankku kak beda di S aja, ankku Aghnia Samira.. “
” Abg Arif jd plg ganteng blm ad saingannya. Smg nnt ada adik cowok utk Arif..hehe.. Riaksi anak sulung..kena kongsi 3 skrg.. i know because i’m one of the older daughter.. “
” Maa syaAllah cantik comelnyaaa , sehat sehat selalu debay agnia , dan ibu tyaarifinnw , semangat meng ASI hi.. Cepatnya arif besar. Rasa mcm baru lg tgk video dia jatuh dlm baldi sbb tlg cuci kereta.. “
” Si kakak seneng banget, ada temen “ngegosib” bareng, main bareng . 2, 3 tahun lagi geng Abang Arif pula, he.. Selamat, semoga ibu dan baby sehat selalu amin.. “
Momen sebegini sangat indah untuk dirakamkan dan disimpan sebagai kenangan apabila mereka dewasa kelak. Semoga segala urusan dipermudahkan buat Tya dalam menjalani tempoh berpantang dan sentiasa dalam keadaan sihat dan baik-baik sahaja.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Tyaariffin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti24 hours ago Artis / Selebriti24 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Happy Birthday Ammar. Baru tahu umur Ammar, ingatkan muda lagi, hehe.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															
