Artis / Selebriti
” Baba makan cicak hahaha, bertuah betul budak comel ni.. ” – Netizen
Video Gelagat Anak Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden Menyanyi Lagu Kesukaannya Mengenai ‘Cicak Dan Nyamuk’ Buat Ramai Terhibur. Part Jebat Buat Bunyi Nyamuk Kena Tangkap Tu Comel Sangat !!
Baru sahaja semalam kami berkongsi dengan anda video anak pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad dengan bekas isterinya, Noor Nabila iaitu Jebat Jayden bercerita mengenai kisah ‘h4ntu seaweed’ kepada babanya.
Kali ini, Sharnaaz sekali lagi memuatnaik video gelagat Jebat yang menyanyi lagu kesukaannya iaitu lagu kanak-kanak yang berkisahkan tentang nyamuk dan cicak. Jebat menyanyi lagu itu sambil mengoyang-goyangkan badannya.
Walaupun perkataan yang dikeluarkan oleh Jebat tidak dapat difahami, namun cara sebutannya dan juga telatahnya begitu mencuit hati. Sharnaaz juga pandai melayan Jebat berborak dengan bertanyakan beberapa soalan mengenai lagu itu.

Namun ada beberapa perkataan dan suku kata kedengaran begitu jelas diikut oleh Jebat iaitu ‘diam-diam’, ‘tangkap’ dan ‘happp’. Alahai Jebat, tak pernah lah tak comel. Ada sahaja gelagatnya yang menghiburkan ramai.
Jom tonton video di bawah :
Video yang berdurasi kurang daripada 2 minit ini meraih perhatian peminat dan menerima banyak tanda suka. Sehingga kini video ini telah ditonton hampir 110 ribu tontonan sejak 2 jam posting ini dimuatnaik oleh Sharnaaz. Antara komen-komen peminat :
” Tetiberr rinduu nak tengok Jebat menang1s, dari semalam Jebat happy jurrr. Daddy sakat jebat sikitt plis haha.. “
” Cicak cicak di dinding.. diam diam merayap.. datang seekor nyamuk.. haaappp lalu ditangkap.. hehehe.. Lagu cicak2 di dinding.. “
” Hahahaahahahaha lidah makan nyamuk eh, bertuah betol budak comel ni.. sampai skrg masih tak faham bila jebat cakap.. “
” Apalaa yg ko ckp tu nak oiii.. Auntie pun ikut dapudalasada hahaha.. Jebat.. please jgn comey sgt.. nak cub1ttttt.. “
” Penghibur betullah jebat ni.. Babah makan didap tu apa jebat.. Pandai jebat borak.. jebat suruh baba diam tu.. jgn jamp0k.. “
” Terhibur tgk jebat ckp jerman dgn baba, baba pun layan je.. Babba mkn cicak hahaha.. MasyaAllah comel sungguhlah anak.. “
” Babah makan cicak ke Jebat ? hahahaha tolonglaaaa babah sharnaazahmad nak buas1r dh gelak ni.. Adoiiiiii ger4m nye hhaaaa comel sgt.. “
Memang tidak jemu menonton video mengenai Jebat. Sudahlah comel, gelagatnya pun membuatkan ramai yang terhibur. Semoga Jebat membesar dengan sihat dan menjadi insan yang berguna dewasa kelak. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG sharnaazahmad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

