Artis / Selebriti
” Ni orang panggil mak b0rek anak rintik haha.. ” – Netizen
Ramona Zamzam Kongsi Video Cara Anaknya, Ivanna Alashkar Gelak. Wah Sebijik Macam Mama Dia Gelak Tapi Versi Lebih Sopan. Sudah Lah Comel !!
Sebut sahaja nama Ramona Zamzam, pastinya peminat akan teringat akan cara ketawanya dan sikapnya yang mudah terhibur. Kerap kali diundang menjadi pelakon jemputan bersama pelawak Sepahtu, cara Ramona yang ketawa bersahaja dan sporting itu menarik perhatian peminat.
Ramona yang sudahpun mendirikan rumahtangga bersama jejaka Palestin, Rami Alashkar juga sudah mempunyai seorang anak diberi nama Ivanna Alashkar. Meninjau akaun Instagram Ramona, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Ivanna sedang asyik ketawa.
Ivanna yang mewarisi wajah kacukan Palestin nampak begitu seiras dengan wajah Rami. Ramona menulis di kapsyennya tentang pertanyaan peminat adakah Ivanna ketawa sama sepertinya. Ramona yang digelar peminat Ratu Ketawa ini memang lain menghiburkan melihat gelak sakannya itu.

Wah Ivanna pun nampaknya ada bakat gelak macam mommynya, comel sahaja suaranya itu sudah seperti ringtone. Bak kata Ramona, baru 4 tahun masih boleh digilap bakatnya haha. Tentu meriah rumah dengan ketawa Ramona dan Ivanna.
Jom tonton video di bawah :
Gelagat Ivanna dan wajah comelnya ini menarik perhatian ramai. Suara tu alahai manja betul dan antara komen-komen peminat :
” Too cute la cutie pie ni. Ni orang panggil mak b0rek anak rintik haha. Ivanna ni dari kecik dia suka memang suka gelak.. “
” Dari ivanna dlm perut smpai dah anak dara , suka sgt tengok dia , ingat video dia yg dlm lift tu bila dia bgun tido n blur blur tengok mak dia ketawa.. “
” Gelak dia sopan skit dri maknye, maknye tk behave haha. Like mother like daughter, lesung pipit tu comelnya la.. “
” Gelak dia cute dari mummy tapi cantik macam mummy. Lesung pipit terbang rendah ni hehe.. So daddy face la Ivanna ni.. “
” Copy betul gelak mommy dia, too cute. C0py paste hab1s, ada dimples comel sangat. Makin besar makin cantikk.. Gelak dia sopan sikit dri maknya.. “
” Gelak dia buat orang tengok ulang ulang, sebijik gelak macam Ramona seketui ad0i. Comelnya la lesung pipit tu, beautiful.. “
” Tak lama lagi boleh masuk Sepahtu Reunion lah ganti mama dia, gelak tu comel sangat. Muka daddy perangai mummy haha.. “

Memang comel sungguh tengok muka Ivanna dengan lesung pipit nya itu. Cara gelak tu dah boleh geng dengan mummy ni. Semoga Ivanna membesar dengan sihat selalu dan jadi penghibur hati kedua ibu bapa.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ramona Zamzam
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

