Artis / Selebriti
” Ayat mak hang sebijik, cepat sungguh dia belajar.. ” – Netizen
Video Anak MUA Bella, Nur Aisywara Nealofa Membuat Tutorial Make Up Buat Ramai Terhibur. Gaya Cakap Tu Sebijik Macam Mummy Wara. Amboi, Wara Nak Caras Job Mummy Ni, Hehe !!
Meninjau ke akaun Instagram MUA Bella, perkongsian terbaru video anak bongsu Bella iaitu Nur Aisywara Nealofa telah membuatkan ramai terhibur. Belum berusia 2 tahun, Wara sudah pandai meniru gaya ibunya melakukan tutorial solekan.
Apa yang membuatkan ramai terhibur ialah gelagat Wara saling tidak tumpah seperti Bella. Terutamanya gaya percakapan Wara dalam loghat Kedah. Mesti Wara sudah selalu melihat ibunya membuat live, sedikit sebanyak Wara berjaya menirunya.
Walaupun tidak diberikan alat solekan, Wara hanya membuat gaya sahaja cara untuk bersolek. Amboi, Wara boleh caras kerja mummy macam ni. Kalau Wara buat tutorial solekan pastinya berganda-ganda jumlah tontonan di media sosial.

Perkongsian ini telah menerima lebih 31 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Walaupun percakapan Wara masih pelat tetapi tetap boleh difahami dan sangat comel. Lepas ni habislah alat solekan mummy.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Mama tak boleh cari makan dah wara take over.. dap dap sampai ke telinga ekkk? EEE GERAMMM tengokkk. cubit kang.. “
” Wara pon nak jadi mcm muabellaz.. Hai hampa. Bunyi dap² je onty da gerammm.. Bdk masam ni kanggg… dh boleh gnti mak dia dh… pandai sungguh .. “
” Haa sudahhhh anak fruit aku pandai mekapp habis la mekap mama dia nanti .. rasa nak kunyah-kunyah si wara ni , geram.. “
” Dap dap dap Kemain sungguh la dia . Abis la mama 4-5 tahun lagi takleh cari makan la . Wara pulak la nanti duk buat tutorial makeup . Sat hat duk korek hidung calit kat kaki meja tu awat? “
” Job mama kena caras la lepas ni dgn wara.. kantoi tutorial make up ke tutorial korek hidung ni waraaa oiii .. noh ayat mak hg sbjik cpat sngguh dia blajaq.. “
” Nampaknyaa kena ada next wara ni sebab wara ni dah besaq.. Mekap Mekap pasni mama boleh pas job kat wara plak.. “
” Wowww.. Aisywara nealofar mau make up.. Kakak nak minta aisywara nealofar make up for my wedding of the year.. Awesome.. I love it.. “
Tidak mustahil jika Wara mewarisi bakat solekan daripada ibunya. Lihat sahajalah gelagat Wara sejak kecil sememangnya gemar sangat untuk bergaya. Makin besar makin geram melihat celoteh Wara ini. Semoga Wara juga berjaya seperti ibunya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Muabellaz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman



