Artis / Selebriti
” Pakai ilmu apa Wara, sampai anak ayam pun jinak. Macam tu je dia pegang.. ” – Netizen
Video Gelagat Anak Bongsu MUA Bellaz, Nur Aisywara Nealofa Bermain Bersama Anak Ayam Buat Warganet Terhibur. Wah Wara, Berani Betul Ni. Siap Peluk Lagi Ayam Tu. Pencinta Haiwan Sungguh !!
Anak bongsu MUA Bellaz, Nur Aisywara Nealofa antara yang popular dan sering mendapat perhatian warganet. Mesra dengan panggilan Wara, si kecil ini memiliki wajah yang comel dan tubuh yang bambam. Ada sahaja gelagat Wara yang mencuit hati warganet.
Meninjau akaun Instagram Muabellaz kids, telah dimuatnaik satu video terbaru Wara yang sedang asyik bermain bersama anak ayam di laman rumah mereka. Ini bukan kali pertama Wara bersama haiwan dan sebelum ini sudah ada haiwan lain antaranya itik.
Kata MUA Bellaz, anak bongsunya ini memang berani orangnya. Wara laju sahaja menangkap anak ayam tersebut dan memeluk ayam tersebut. Riuh suasana dengan suara MUA Bellaz yang teruja melihat telatah Wara bersama anak ayam itu.

Memetik komen warganet, Wara peluk anak ayam itu seperti anak patung permainan pula. Tidak takut langsung Wara, semua binatang Wara suka. Sambil muka tersengih-sengih, Wara kelihatan sangat teruja dengan anak ayam itu sehingga membuatkan warganet turut geram melihat gelagatnya.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 39 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ya Allah Wara kau pegang mcm tu ja anak ayam tu nak.. Berani sungguh la si wara nie.. Geram nya wara ni.. ”
” Pakai ilmu apa wara.. smpai ank ayam pun jinak.. kalau kami duk dkat ayam Dah lari laju si ayam ni.. ”
” Ya Allah mcm tu ja dia pegang.. Anak bongsu dengan free spirit nya tak boleh dipisahkan.. Ayam tuh pon redho jer HAHAH.. ”
” Wara kan itikkk.. sbb tu ayam tu tak kesah kena tngkap dgb waraaa.. Ucop laqi sipi sipi dah, wara peluk siap ayam tu.. ”
” Elok aym Tu wara duk dukung.. Boleh dah gi kursus sembelih ayam wara haha.. puasa-puasa ni, tengok video Wara, terhibur jap.. ”
” Steady Wara.. hang memang champion. Cenggitu je dia pegang ayam weh.. Ayam pun kawan dia, dia buat jadi mainan hehe.. ”
” Alahaii bdk ni.. Acik pn takut nk pegang.. Dia buat ayam macam doll je.. Dia kepit lagitu ja ayam tu.. ”
” Amboiiiii wara pegang ayam macam pegang handbag naaa.. ayam tu tak lari pun. Ayam pun suka waraa.. Urat penakut da putuih kot noh haha.. ”
Alahai berani sungguh lah Wara ni, macam anak patung pun sahaja dipeluknya seperti itu. Abang Usup pun kalah dengan keberanian Wara ni. Agaknya selepas ini binatang apa pula lah yang bakal menjadi ‘kawan’ si Wara. Semoga lebih banyak lagi perkongsian mengenai Wara selepas ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Muabellaz Kids
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mantap, tak padan dengan kecil. In character betul, seram pun ada tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wow, Raudhah speaking bunyi slang British… ” – Komen Netizen



