Artis / Selebriti
” Apa ni mommy, berair mata gelak. Menyesal besarkan volume.. ” – Netizen
Video Perbezaan Watie Hanifiah Menyanyi Versi Instagram Dan Realiti Buat Warganet Terhibur. Lunak Merdu Betul Suara Awal-Awal Tu. Tapi Part Last, Nak Pecah Gegendang Telinga Dibuatnya. Kelakar Lah Watie !!
Watie Hanifiah sudah lebih setengah tahun bergelar isteri kepada Shuib Sepahtu. Hari demi hari, semakin ramai yang menyukai Watie kerana perwatakannya yang kelakar dan jiwa penyayangnya terhadap anak-anak peninggalan arwah Siti Sarah Raissuddin.
Umum mengetahui Watie mempunyai suara yang merdu dan sebelum ini juga Watie ada berkongsikan nyanyiannya diiringi petikan gitar Shuib. Kali ini, Watie memuatnaik pula video nyanyiannya ketika keluar bersama rakan-rakan ke pusat karaoke.
Meninjau akaun Instagram Watie Hanifiah, telah dimuatnaik video yang memaparkan perbezaan yang warganet lihat di Instagram dan realiti sebenar. Pada awal video, dapat didengar Watie menyanyikan lagu Dato’ Seri Siti Nurhaliza dengan cukup baik dan kata Watie ini adalah versi Instagram.

Versi realiti pula, Watie membuat suara sumbang dan menjerit sekuat hati seolah-olah dia tidak pandai menyanyi. Sudah macam tengok program I Can See Your Voice pula, yang mana penyanyi sebenar dan yang mana pula adalah penyamar bersuara sumbang, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Haha ada yang kena lemp4ng kangg niii haha.. apa pun tak boleh.. betul la tu.. hujung-hujung ke lautan hindi perginya haha.. ”
” Wah yang 1st tu dah sama macam suara Tokti lah. Baru nak puji suara sedap awal-awal tu haha. sekali ending dia, boleh pecah gegendang telinga weh.. menyesal besarkan volume.. ”
” Apa ni mommy, berair mata gelak haha. Boleh la try masuk I Can See Your Voice.. keliru jap mana satu suara sebenar anda haha.. ”
” Sedapnya suara mummy , patut shuib tak bagi nyanyi , takut jadi penyanyi.. Time suara sedap tu kita on kuat volume . Buah hujungg berdesing la mommy ahhaha.. ”
” G1la ek haha berdekah la.. lau dengan geng-geng last last sekali semua kena gonjeng.. sebab lama sangat dalam tu haha.. ”
” Elok dah memula, yang last tu dia bawak kita semua ke laut dalam haha.. Adoi berdekah aku dengan watie ni, makin lawak.. ”
” Adoi ngekek tengok, baru nak puji sedap suara haha.. Rosak teruk dah Watie ni.. masuk air terok haha.. ”
” Time suara sedap bukan main high volume sekali part reality tu berdesing handphone. mommy lepas geram betul tu haha.. ”
Lawak la Watie ni, memang menyesal lah siapa yang kuatkan volume. Kena part last tu berdesing telinga, punya lah bersungguh Watie menjerit, hehe. Tetapi realiti sebenarnya, Watie memang ada bakat menyanyi dan mempunyai suara yang lunak merdu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Watie Hanifiah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan.
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen



