Artis / Selebriti
” Anaknya syok nyanyi, bapaknya yang dub dab dub dab takut maknya dengar.. ” – Netizen
Video Anak Achey Bocey, Tiara Zinnirah Nasir Bermain Ukulele Sambil Menyanyi Sebuah Lagu Buat Achey Berdebar. Uih Lagu Mengundang Ni Tiara, Gelabah Ayah Suruh Tiara Stop Menyanyi. Takut Betul Achey Ye, Haha !!
Tiara Zinnirah Nasir antara anak selebriti yang selalu mencuit hati warganet dengan perangai lucunya. Suka menyakat Achey, gelagat Tiara membuatkan warganet tersenyum sendiri. Sering mengikut Achey ke masjid untuk solat Jumaat, saban hari ada sahaja lah perangai si Tiara ini.
Meninjau akaun Instagram Achey Bocey, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Tiara sedang berlatih bermain ukelele sambil menyanyi. Pada ketika itu Tiara menyanyi lagu viral Kau Tigakan Cintaku dan Achey memberitahu Tiara jangan menyanyikan lagu itu.
Dengan isyarat tangan supaya Tiara berhenti menyanyi, reaksi Achey itu mencuit hati warganet. Lagu ni salah satu ketakutan para suami, kena pula sekarang ada banyak isu hangat yang melibatkan suami menambah ‘cawangan’ lain, mana tak risau si Achey.

Tiara dengan muka blur hanya memandang sahaja ayahnya dan berhenti menyanyi. Adui Tiara, tak kena gaya boleh bermalam luar rumah ayah tu. Mujur Mama tak ‘pasang’ telinga, kalau tidak habislah ayah. Kecut perut ayah, hehe. Kelakar juga Tiara ini.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian oleh Achey ini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Lagu kebangsaan orang poligami tu Tiara weh haha.. Time tak sesuai dik …. tgah panas lg skrg ni. tggu reda sikit baru nyanyi ye. p practice dlu diam-diam tau hehe.. ”
” Masalahnyaa x reda2 sis.. duk bsambung smpai ke sudahhh haha.. Boleh buat punca lagu tu, nak. Ayah dah seram sejuk haha.. ”
” Tiara jangan nyanyi lagi tu nanti mak tiara mengamuk bapak tiara yang tanggung.. Lagu nie tiara Klau orng dgr kaum perempuan cukup marah hehe.. ”
” Aku lah dua beranak ni hahah.. tergelak dulu tengok, anaknya syok nyanyi. bapaknya yang dub dab dub dab takut maknya dengar haha.. ”
” Jangan lagu tu tiara… nanti kena tidur luar dengan papa achey haha.. Jangan mengundang tiara, masak bapak menjawab dengan mama nanti hehe.. ”
” Lagu tu mengundang betul. alahai Tiara ni.. dia mainkan lagu keramat tu bang. ketar lutut lagu bahay4 ni haha.. ”
” Mengundang sungguh lagu ni.. Mama pasang telinga tak tu Tiara. Kang sebab lagu ni ayah kena sambung ceramah Tiara hahaha.. ”
Mana ayah tak ketar lutut apabila Tiara menyanyi lagu ni. Memang mengundang sungguh Tiara weh. Para suami minggu ini minggu tadah telinga, jangan sesekali dilintang angin isteri, masak menjawab nanti, hehe. Tiara praktis senyap-senyap ok, nanti keadaan dah reda boleh ajak ayah duet bersama.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Achey Bocey
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman



