Artis / Selebriti
” Alamak, datang sini ingat nak makan. Last-last kena kerja.. ” – Fattah Amin
Video Fattah Amin menjadi waiter di sebuah restoren raih perhatian ramai. Mula-mula terkejut orang tengok Fattah yang datang hidang makanan. Sekali kena serbu nak bergambar, penuh terus kedai. Nasib lah 3 meja je hantar makanan. Kalau tak, basah kuyup Fattah, haha..
Hari demi hari, nama Fattah Amin semakin menjadi sebutan dan popularitinya kembali mencanak naik. Tidak putus-putus tawaran kerja untuk Fattah dan itu semuanya adalah nikmat rezeki yang Allah berikan kepada Fattah untuk semua kesukaran yang dilaluinya.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok House Of Bukhotsir, telah dikongsikan satu video yang memaparkan aksi Fattah ketika berkunjung ke sebuah restoran. Pada awal video, Fattah mengatakan niatnya ke situ adalah untuk makan tetapi lain jadinya apabila dia perlu bekerja.
Fattah yang pemurah dengan senyuman ini santai sahaja menyambut huluran apron oleh salah seorang pekerja restoran itu untuk dia pakai. Kata Fattah, perlu pakai apron untuk kebersihan. Melihat beberapa pinggan juadah yang sudah tersedia, Fattah bertanya meja mana yang perlu dihantar.

Tidak kekok membuat kerja, laju sahaja Fattah membawa makanan tersebut dan menghidangkan kepada pelanggan. Tersenyum lebar lah pelanggan bertuah itu kerana tidak semua orang boleh mendapat layanan istimewa daripada duda hot di pasaran ini.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@19731367x Abang @fattahamin dari dulu lagi dia memang dah mudah mesra dengan orang ramai dan peminat2 nya, sebab tu orang ramai minat dia, orang baik ALLAH sayang 💐🌹❤️🥰😍 #teamfattahamin #fattahamin #fattahaminfans #fypppppppppppppp #xyzbca #viral #foryourpage #fyp #fypviralシ #fypviralシviral #tiktokmalaysia🇲🇾 #tiktokbrunei🇧🇳 #tiktokindonesia🇮🇩 #tiktokvietnam🇻🇳 #tiktokthailand🇹🇭 #tiktokphilippines🇵🇭
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 16 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Nampak lebih ceria Fattah.. rezeki pn melimpah ruah, mana dia pergi semua org suka , tahniah fatah.. hanya Allah yang tahu.. “
” Aku rasa life yg mcm nie Fattah nk.. semakin bertambah rezeki Fattah.. Alhamdulillah rezeki semua datang dari Allah.. “
” Terbaik lh Fattah Amin. Dari dulu lg nampak kebaikan dia.. Allah akhbar.. kedai tu penuh dengan senyuman bila Fattah datang.. “
” Untung lah yang dapat special delivery tu, Fattah kot hantarkan order. sis je ke senyum sorang²… tumpang gembira lihat Fattah layan custemer.. “
” AllahuAkhbar… nape sy nangis.. tak sedar meleleh airmata.. Betullah Fattah memang anak yang baik.. Fattah ni yg buat dia menarik krn humble ..apa pun dia buat .. tkde nk control2 macho.. “
” Allahu sedih lak rasa wpun dia hepi je.. ape keje pun dia buat demi mencari rezekinya.. syabas dek semoga Allah permudahkan segala urusan fattah dunia hingga akhirat.. “
” Allahuakbar baiknye kau dik.. wlupn dah terkenal tp x sombong.. org baik mmg ramai syg.. fattah amin mmg the best.. “
Tumpang gembira warganet melihat keceriaan Fattah itu. Humble sahaja melayani pelanggan yang datang untuk makan ke restoran itu. Senyum lebar semua pelanggan dan semua pun tak melepaskan peluang untuk bergambar bersama Fattah. Semoga Fattah terus bersikap humble begini dan menjadi kesayangan semua selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok House of Bukhotsir
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti3 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


