Artis / Selebriti
” Alahai Tiara, kenapa comel sangat sebut ‘pichang’ tu, haha.. ” – Komen Netizen
Video Anak Achey Bocey, Tiara Zinnirah Membawa Pisang Ke Sekolah Buat Ramai Terhibur. Sampai Satu Plastik Tiara Bawa Pisang. Pichang Pun Pichang Lah Tiara, Comel Sangat Tiara Sebut, Hehe !!
Bagi yang mengikuti perkembangan Achey Bocey pasti mengetahui Achey mempunyai seorang anak angkat perempuan yang bernama Nur Tiara Zinnirah yang dijaganya sejak kecil lagi. Kini Tiara sudah berusia 6 tahun dan dibesarkan penuh kasih sayang seperti anak kandung.
Meninjau di akaun TikTok Achey, telah dikongsikan video yang memaparkan Achey sedang menghantar Tiara ke sekolah. Tulis Achey pada kapsyen mengatakan pada hari tersebut, mereka lewat tiba di sekolah gara-gara mencari pisang di serata tempat untuk bekalan Tiara.
Setelah tiba di sekolah, Achey bertanya kembali kepada Tiara, apa yang dibawanya ke sekolah. Telatah Tiara menyebut pisang dengan sebutan ‘pichang’ telah membuat warganet terhibur dan sehingga kini menerima ratusan komen serta ratusan ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.

Namun begitu, ada memuji sikap humble Achey menghantar Tiara ke sekolah yang hanya menaiki motosikal. Selain itu, ada peminat mengatakan melihat bekalan Tiara membawa pisang mengimbau kenangan mereka ke sekolah semasa kecil dahulu.
Tonton video di bawah ini :
@achey_kintangkintung PICHANG dah ayah ni dik..😅
♬ original sound – KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG – KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-ratannya menyukai perkongsian video oleh Achey ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Alahai Tiara, kenapa comel sangat sebut ‘pichang’ tu, haha.. Seronok tgk Tiara ni,, rindu pulak zaman acik sekolah 90an dulu, bawa pisang juga.. “
” Alhamdulillah… Rezeki Achey dan Isteri jadi ibu bapa Tiara… Murah rezeki Tiara panjang umur jadi anak solehah, amin2.. “
” Ni mana 1 yang Comey ni, Tiara ke Pichang.. Sebut Pichang lain dari yg lain.. Hahaha geram betul aku dengan budak comey ni, hehe.. “
” Suka tngok tiara nikmati alam kanak² macam dulu².. Nilah achey…. Walaupun dia ada semua… Tapi dia ttp humble… Yg lawak Tiara sebenarnya.. “
” Tiara terbaik… Ayah org kaya… TPI dia MCM org biasa je, didikan yang baik.. Semoga Tiara menjadi anak yang baik ya sayang.. “
” Hahahahhhaa dia sebut je pichang tu pun aku dah gelak.. Walaupun Tiara tak buat lawak, dia cakap pun dah terhibur… Comelll.. “
” Achey parking motor jauh sangat tu, mesti takut juga tu sbb hantar anak lambat, hehe.. Pichang pun pichang lah Tiara, janji pergi sekolah.. “
Comel sungguh Tiara sebut ‘pichang’, si ayah pun kuat menyakat. Seronok tengok cara didikan Achey kepada Tiara, semuanya serba sederhana meskipun sebenarnya mereka mampu. Apa-apa pun semoga Tiara terus membesar dengan baik dan menjadi anak yang solehah buat kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok achey_kintangkintung, IG anne_achey
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Happy Birthday Ammar. Baru tahu umur Ammar, ingatkan muda lagi, hehe.. ” – Komen Netizen


