Artis / Selebriti
” Ala Dekta buat kami semua menangis dengar luahan Dekta tu. Suara Dekta sebijik macam arwah ibu.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video Shuib Sepahtu Menerima Kad Ucapan Selamat Hari Bapa Daripada Anak Perempuannya, Talita Buat Warganet Tersentuh. Alahai Sedihnya Ucapan Dekta Tu. Dengar Suara Dekta Cakap, Lagi Tangkap Sayu. Sebijik Macam Suara Arwah Siti Sarah !!
Shuib Sepahtu pernah melalui detik sukar dalam hidupnya setelah pemergian Siti Sarah Raissuddin. Kesedihan yang dialami Shuib dan anak-anak ketika itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan hanya kenangan bersama arwah Siti Sarah menjadi pengubat rindu mereka sekeluarga.
Hari demi hari, Shuib dan anak-anak semakin kuat mengharungi hidup tanpa Siti Sarah di sisi. Bersempena sambutan hari bapa, satu-satunya anak perempuan Shuib dan Sarah iaitu Dzahira Talita Zahra atau mesra dengan panggilan Dekta membuat kejutan hadiah hari bapa untuk daddy kesayangannya itu.
Meninjau akaun Tiktok Shuib Sepahtu, telah dikongsikan satu video yang memaparkan reaksi Shuib ketika mendapat kad ucapan dan hadiah daripada Dekta. Tidak hanya 1 tetapi 2 kad ucapan yang dihasilkan oleh Dekta untuk Shuib. 2 ucapan dalam 2 kad yang berbeza yang meruntun perasaan warganet.

Dekta lebih mengenali daddynya dan melihat sendiri bagaimana Shuib berusaha menjadi seorang daddy yang terbaik. Segala pahit getir sudah mereka harungi bersama dan kata Dekta, dia akan sentiasa ada di sisi Shuib. Shuib disifatkan oleh Dekta sebagai seorang ayah yang terbaik dan kuat.
Jom tonton video di bawah :
@shuibsepahtu Semalam hari yang sibuk sedari pagi.Hari yang penuh dengan meeting dan perkara2 yang memeningkan kepala otak 🤪 meeting yang tak habis2 smpi la ke tgh mlm pkl 12. Sesampai nya di rumah,di sambut dgn surprise dr Dekta sempena Father Day katanya.MasyaAllah!!!! Hilang semua masalah yg mengusutkan kepala.Syukur Ya Allah utk anugerah terindah ini,Turunkan Rahmat buat keluarga kecilku Ya Allah,Permudahkan segala urusan kami dunia dan akhirat,Limpahkan kurniaan rezeki dunia akhirat.Amin Love U Mummy ❤️ @Watie Hanifiah #ShuibFamily
Perkongsian oleh Shuib ini sehingga kini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Suara dekta SEBIJIK SUARA ARWAH ibunya.. dekta buat achik nangis tau.. meleleh air mata kita.. ”
” Suara dek ta mcm suara ibunya.. knpa aku nangis tgk ni…. allahuakbar… aku yg meleleh air mata tanpa sedar.. semoga dekta membesar menjadi anak yg baik amin.. ”
” Suara dekta MasyaAllah sebijik arwah ibu nya semoga membesar dgn baik,berjaya didunia jg akhirat n jd ank yg solehah utk ibu,mummy dan daddy in shaa Allah Aamiin Allahumma Aamiin Ya Mujibassailin.. ”
” Rindunya suara arwah Siti Sarah, bila dgr suara dekta sebiji suara arwah ibunya… nangis tgk video ni.. ”
” Air mata mengalir dri awal tgk smpai hujang cerita.. Tersentuh jiwa dengar luahan kata Dekta untuk daddy. Dekta btl suara dekta mcm arwah ibu dy… sebiji.. ”
” Ala dekta buat kami semua nangis. ucapan yang penuh bermakna untuk daddy. Dekta yang lebih tahu segala derita Daddy dulu. Suara dekta tu pun lagi tambah sayu. sebijik suara ibu.. ”
” Shuib tak nangis, aku yang nangis. Suara Dekta macam arwah ibu lah. Last kad Dekta untuk Shuib tu paling sedih ucapannya.. ”
Ikhlas betul ucapan Dekta untuk daddynya itu sehingga membuatkan warganet pula yang menangis tanpa sedar. Selamat hari bapa buat Shuib dan terima kasih kerana menjadi seorang daddy yang penyayang dan bertanggungjawab kepada anak-anak. Semoga terus bahagia bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Shuib Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti23 hours ago Artis / Selebriti23 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
