Artis / Selebriti
” Akhirnya jumpa juga seorang rakan sepersidaian.. ” – Dr Izzar
Perkongsian Dr Izzar Anwari Ketika Menemani Ummi Nazeera Ke Sebuah Majlis Buat Ramai Terhibur. Wah Dr Izzar Ada Geng Baru lah, Suaminya Anzalna. Nampak Macam Sekepala Dr Izzar Dan Hanif Zaki Ni. Ayat Kapsyen Tu Lawak Betul !!
Setiap kali Ummi Nazeera menghadiri sebarang majlis dan keraian, pasti suaminya Dr Izzar Anwari setia menemani di sisi. Dr Izzar juga sudah masak dengan selok belok setiap majlis isterinya itu dan sangat supportive terhadap isterinya apabila berhadapan dengan wartawan dan photographer.
Meninjau akaun Instagram Dr Izzar, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Dr Izzar bersama suami Anzalna Nasir, Hanif Zaki. Kapsyen Dr Izzar seperti selalu, diselangi dengan ayat spontan dan jenaka yang mencuit hati sesiapa yang membacanya.
Kata Dr Izzar, dia akhirnya bertemu rakan ‘sepersidaian’. Amboi mentang-mentang selalu kena ‘sidai’ dengan isteri, rakan ‘sepersidaian’ terus perkataan yang digunapakai. Dapat dilihat, Ummi sedang asyik berbual bersama Anzalna, sementara Dr Izzar dan Hanif memerhati gelagat mereka.

Dr Izzar memang suami yang memahami karier Ummi. Hanif pun sama seperti Dr Izzar, situasi mereka sama. Kalau sang isteri jumpa geng bual mereka, memang suami kena ‘sidai’ lama. Tambah lagi jika rakan bual selepas seorang, seorang lagi datang join group, makin lama lah kena sidai, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Dr Izzar ini telah pun meraih lebih 23 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Harapnyaa laki anzalna nii tak buat content-content macam dr izzar haha.. yang sorang ni pun puas ketawa.. ”
” Alhamdulillah, dah jumpa geng.. Moga kedua-dua terus bersabar dan rasanya dah boleh kot buat persatuan.. ”
” Respect sgt dgn attitude dr izzar as well as husband anzalna. Semoga berpanjangan jodoh till jannah.. ”
” Kelakarnya pkataan rakan sepersidaian tu haha. Tak pernah tak hepi bca statement si suami yg sporting ni. Moga jodoh kalian bkekalan bahagia hgga ke Jannah.. ”
” Tak lama lagi boleh tubuh persatuan doctor. Nasib baik ada geng, kalau tak hadi patung cendana.. Nanti boleh buat konvensyen persidaian haha.. ”
” Lama kelamaan dah ssmakim redha lah Doc.. bahwasanya doctor tak keseorangan di kala menanggung wife sesi photographer.. nasib jumpa kawan.. tak lah bosan.. ”
” Taklaa bosan sgt kali ni ada geng persidaian kan lama pon tak apooolaaa.. Baca ayat dr Izzar ni memang boleh pecah perut ketawa.. ”

Semakin hari semakin lawak Dr Izzar ini, finally jumpa juga rakan ‘sepersidaian’ yang sama-sama sporting. Selepas ini boleh lah buat video bersama kena ‘sidai’ dengan isteri masing-masing ye, hehe. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar gurauan Dr Izzar dan semoga pembaca terhibur.

Silakan SHARE..
Sumber : Izzar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen



