Artis / Selebriti
” Tak pernah lagi I kerjasama dengan model macam ni.. ” – Anzalna Nasir
Video Anzalna Nasir stress sebab kena retake shoot baju raya bersama suaminya, Hanif Zaki buat ramai terhibur. Buat hal lah Hanif, kan Anzalna dah stress. Macam tu je Anzalna nak buang Hanif yer. Lawak lah suami isteri ni. Berdekah semua yang ada kat situ gelak, haha..
Anzalna dan Hanif Zaki merupakan duta untuk koleksi raya Caryazara pada tahun ini. Sebagaimana duta jenama lain, pasangan ini juga sibuk dengan penggambaran sebagai bahan promosi busana raya yang bakal dijual untuk musim ini kepada umum.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Caryazara Official, telah dikongsikan satu video behind the scene yang melibatkan Anzalna dan Hanif. Memandangkan cuaca sudah mula panas dan matahari memancar, Hanif mengalami sedikit gangguan untuk memberikan pose.
Kata Hanif, matanya silau dan ini membuatkan Hanif tidak dapat membuka mata seperti biasa. Anzalna yang berada di bahagian hadapan kereta hanya tergelak dengan telatah suaminya itu. Kata Anzalna, belum pernah dia bekerjasama dengan model yang berperangai seperti Hanif ini.

Semua kru yang berada di set penggambaran tergelak besar mendengar ayat Anzalna selepas itu. Hanif sendiri tergelak dengan jenaka spontan isteri tercinta. Anzalna sememangnya seorang yang kelakar dan pasangan ini antara yang sweet di mata warganet.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian warganet. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Alolo sweet je dorang ni.. couple paling suka tengok.. Terhibur all day tengok tau.. happy je couple ni.. “
” Pasangan ni kan selalu buat org lain terhibur.. Jarang xkelakar taw dorg berdua ni. Ingat dekat live je kita gelak, laa sambung dekat sini pulak haha.. “
” Anzalna u kena tanya dia ‘ u nak duit tak ‘ hahah.. korban sikit mata tu.. “Buang la dia” and “masukkan emir” sama je jadinya.. “
” Sampai raya haji tak settle shoot ni Anzalna haha.. macam macam hal ea bila dengan suami sendiri.. Dahhh tahuu dahh anak dye ikut prangai sapee.. “
” Masuk air dua dua, boleh dia suruh buang terus suami sendiri haha.. Kena masukkan anknya juga lg pecah pewot.. “
” Terbahak saya gelak haha.. Suka tgk couple ni, eh actually satu family dia sekali, termasuk anak2 nya sekali.. so sweet kan.. love sgt.. “
” Hahahaha. Mcm mana dia convince Hanif utk jadi model sama2 agaknya ye? hhaha.. Asyik ketawa je. Hahaha.. tobat staff semua dekah je kan time shooting hahaha.. “
Kelakar sungguh gelagat Anzalna dan Hanif bergandingan sebagai model. Riuh rendah set dengan gelak ketawa kerana lawak spontan Anzalna itu. Apa-apa pun, pasangan ini memang menghiburkan dan sekepala. Semoga rezeki Anzalna dan Hanif melimpah ruah selalu dan bahagia selamanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Caryazaraofficial, Tiktok Caryazara
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

