Artis / Selebriti
” Akak nak bajet tapi akak nak pilih semua, lah seller marah customer nak beli banyak, haha.. ” – Komen Netizen
Video lakonan Ammar Ahyan sebagai penjual kasut mencuit hati warganet. Adui Ammar, PTPTN tu memang trademark Ammar betul lah. Lain daripada yang lain seller ni. Boleh kecut perut jumpa seller macam ni. Random sangat, haha..
Nama anak teruna sulung Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida semakin meniti di bibir warganet. Ammar Ahyan karakternya serius, namun dalam dia tidak sedar, ayat spontan yang diucapkan olehnya itu kelakar dan membuatkan warganet ketawa mendengarnya.
Melangkah setapak ke hadapan, Ammar kini disunting oleh pengasas kasut, Ijmal untuk membuat review produk mereka. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Datin Shahida dan Ijmal Official, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gaya Ammar mempromosikan kasut di butik Ijmal Setia Alam.
Lakonan Ammar memang santai dan dialognya cukup spontan. Kedatangan seorang pembeli disambut dengan ucapan Assalamualaikum dan sebuah senyuman. Seakan sinonim dengan Ammar, larangan membeli menggunakan duit PTPTN turut dimasukkan menerusi video ini.

Lakonan yang mencuit hati daripada Ammar itu ditonton berulang kali oleh warganet. Penjual seperti Ammar ini susah untuk dijumpai. Ketawa warganet dengan soalan random Ammar kepada pembeli tersebut. Penghujung video juga kelakar kerana gerakan tangan Ammar yang seakan-akan menghalau pembeli supaya cepat balik.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun merekodkan lebih 2000 tanda suka sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Terus jadi trademark dengan Ammaryan duit PTPTN tu haha.. ptptn dh patut panggil amayan jd content punya jurucakap.. “
” Dia macam nie.. aku nampak ada alif syukri dekat dia.. ada-ada.. tapi versi sopan.. Akak bajet tp nak semua haha.. klu la semua pekerja mcm amar nie kan.. jimat aku.. “
” Limited betul penjual ni… moga cust akan rasa bersalah jika guna duit ptptn utk kasut jejalan… masuk kelas xpo… diharuskan duit ptptn.. “
” “Akak nak bajet tapi akak nak pilih semua” lahh seller marah customer nak beli byk haha.. Good job la Amayan. Dia ada style tersendiri.. “
” Tk lama lg Ammayan jdi duta utk produk lain. Awas, YB Dan Abg Long akan ada saingan.. jujur sangat pekerja ni haha.. “
” Dia punya campak kasut tu, berdekah aku ketawa. dia pulak control bajet customer, rare betul seller macam ni.. aku ulang ulang tengok.. “
” Jujur ni, tanya sesiap akak mampu tak haha.. tapi inilah yg kite mahukan, lain dari yang lain.. Promoter lain jgn buat gini tau. Amayan je boleh buat gini.. “
” Macam ni punya seller tak reti nak sedih ke, marah ke, nak ketawa haha.. yang tak tahan tu, bye bye tapi tangan halau suh keluar haha.. adui lah amayan.. “
Lawak betul Ammar, satu dalam sejuta seller perangai seperti ini. Ammar sudah semakin ke hadapan dan tidak mustahil semakin banyak produk yang akan menggunakan khidmat Ammar selepas ini. Apa-apa pun, terus maju jaya Ammar dan success dalam apa jua lapangan yang Ammar ceburi.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Datin Shahida Dherbs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


