Artis / Selebriti
” Aina memang slay macam Maleficent and vibes Harry Potter.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Persembahan Aina Abdul Di Pentas AJL 38 Buat Ramai Terpukau. Wah, Konsep ‘ Haunted Forest ‘ Lah Aina Bawa. Part Akhir Tu Siap Terbang Bersama-Sama Akar-Akar Pokok !!
Aina Abdul antara finalis di pentas akhir Anugerah Juara Lagu 38 yang mana Aina mempertaruhkan lagu berjudul Jangan Mat1 Rasa Itu. Menerusi akaun Instagram TV3 Malaysia, perkongsian video ketika persembahan Aina pada malam ini telah memukau ramai orang.
Aina tampil dengan memakai pakaian yang berkonsepkan ranting-ranting dan akar-akar pokok dan juga pentas dihiasi dengan pokok-pokok hutan. Keadaan di atas pentas seolah-olah seperti berada pada musim luruh dan dalam hutan yang agak menyeramkan.
Seperti selalu, vokal Aina tidak pernah menghampakan. Aina menyampaikan nyanyiannya dengan begitu baik sekali. Apa yang membuatkan ramai terpukau apabila Aina mengakhiri persembahannya dengan aksi terbang tinggi ke atas.

Apabila Aina ‘terbang’, dapat dilihat betapa panjangnya pakaian Aina. Bukan sahaja ranting, malah akar pokok yang meleret menjadikan penutup persembahan Aina cukup hebat. Wah, memang bukan biasa-biasa persembahan Aina pada malam ini.
Jom lihat perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN -> untuk gambar seterusnya.. )
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji persembahan Aina pada malam ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Tak pelik kalau aina haha.. Terebangggg lebih tinggi ainaabdul.. Powerrrr ahhh mantap persembahan ainaabdul.. “
” Aina pergi AJL ikut laluan sungai Amazon ke, habis lekat rating2 kayu … Geli aku tgk dekat2 mcm Ade ular.. Slay queen!! Menang adik.. “
” Klau bab vokal, yaaa tercabar tapii utk juara, rsanya juri dah boleh pkir kot lagu ni mcm kureng.. Lirik pun brapa kerat je.. Tapi utk vokal atau prsembahan trbaik.. Yaaa, boleh onzss.. “
” Kakak aina mmg slay macam maleficent and vibes harry potter Kuddos.. Yes ainaabdul best giler… It’s a simbolik tanpa akar matilah pokok.. “
” Tapi okla kali ni, masih boleh diterima. Tak obvious pelik sgt mcm sebelum² ni paling penting aina senyum je sambil tarik high note, fuhh.. “
” Class yg tsendri.. tnpa ktua kelas n penolong.. Aina never upset me.. kalau tak pelik tu bukan Aina Abdul la,kan? jadi akar pulak dahh.. “
” Pokok yg dah Mati.. Macam akr Kayu.. Mcm tu kot konsep dia.. Serious la aina tak takut tinggi dah lepas main flying fox haritu? Goosebump sumpahhh tolong la menang lagiiii.. “
Wah, memang terpukau menonton persembahan Aina pada malam ini. Aina sememangnya sangat kreatif dalam setiap persembahan nyanyiannya kerana sering tampil lain daripada yang lain. Semoga kejayaan milik Aina. All the best buat Aina.

Silakan SHARE..
Sumber : IG TV3 Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti1 day ago Artis / Selebriti1 day ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen 



 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
