Artis / Selebriti
” Ah sudah, lari daripada Iman, jumpa Walid pulak. Makin lambat laa ko nak khatam iqra Chem.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Datin Seri Umie Aida dan Faizal Hussein in character menjadi Chem dan Walid buat warganet terhibur. Berdekah gelak dengar kata-kata Walid bila Chem mengadu. Ini lagi parah daripada Iman. Plot twist yang paling win, haha..
Watak Chem yang dilakonkan oleh Datin Seri Umie Aida dalam drama fenomena, Keluarga Itu dilakonkan dengan cukup baik. Jalan cerita dan gandingan pelakon-pelakon lain dalam drama ini juga membuatkan drama ini ‘hidup’ dan meninggalkan kesan di hati penonton.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Umie Aida, telah dikongsikan satu video yang memaparkan lakonan Umie bersama 2 watak lain dalam drama itu bertemu dengan Faizal Hussein. Faizal juga nama yang cukup hangat diperkatakan kerana watak ‘ Walid’ yang dibawakan dalam drama Bida’ah.
Menerusi video ini, seakan-akan Chem bertemu Walid untuk meminta bantuan mengenai masalah keluarganya. Sudah namanya pelakon senior, masing-masing begitu in character dan menghiburkan penonton dengan lakonan mereka itu. Kata-kata yang diucapkan oleh Faizal menggeletek hati warganet.

Sempat juga Walid menyelitkan dialog panasnya berbunyi ‘ cuba pejamkan mata dan bayangkan wajah Walid’. Reaksi muka Walid itu mengundang ketawa semua. Aduhai, apabila hero Malaya pujaan ramai pun ‘rosak’, begini lah jadinya. Habis semua orang kena pejamkan mata gara-gara Walid, hehe.
Jom tonton video di bawah :
@umieaida_9 Aaahhh sudah.. Walid enter frame dlm hidup chem ke 😳 #walid #iman #keluargaitu
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Patutlah perangai sama sepupu rupanya haha.. Walid lawak.. ahh sudah dia suruh pejam mata pulak haha.. “
” Patutlah chem tak layan iman.. dia ada walid rupanya. hahaha.. walid la selama ni hasut chem supaya tak layan iman.. “
” Oo.. selama ni Chem belajar agama dengan Walid.. patut la tak layan Iman tu haa.. pepatah mengatakan… keluar mulut iman.. masuk mulut walid haha.. “
” Walid dah masuk line, parah ni.. tahun ni hero2 semua menyakitkan hati. nk mrh tk sampai hati haahaha sbb hero kita. aduhai.. “
” Chem dah pejam mata bila suruh bygkan muka Walid terus x jd pejam hahahahahah Iman n Walid menghatui chem hahaha.. “
” Aah sudah haha.. Lari dr iman, jumpa walid pulak.. makin lambat laa ko nak khatam iqra cem.. “
” Umie dh pandai melayan benda2 lawak mcm n.. sudahlah cem.. buang la Iman.. amik lah Walid. semua hero2 akak dah dirosakkan haha.. “
” Ahh sudahh… dia sruh pejam mata pulakkk.. lagi masalah Chem.. kene pk banyak Kali nie.. tak payah la nak bayangkan chemp , sepupu dia lagi seram.. “
Boleh tahan masuk air juga Umie dan Faizal ni, makin lawak dan ikut trend semasa. Nampaknya lagi ‘parah’ daripada Iman ni Chem. Apa-apa pun, ini hanyalah hiburan semata-mata. Pujian harus diberikan kepada semua kerana dapat menjiwai watak masing-masing dengan baik sekali.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Umieaidaofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

