Artis / Selebriti
” Aduh sedih pula tengok Tok Ram tak berhenti c1um anak. Berat betul nak berpisah tu.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Ramli MS tidak berhenti-henti menc1um anaknya, Nur Izzara sebelum berlepas ke Europe buat ramai tersentuh. Alahai nampak macam berat hati sangat Tok Ram nak tinggal anak kesayangannya itu..
Umum mengetahui beberapa bulan lalu Datin Alyah telah mengumumkan bahawa dirinya dan suami, Dato’ Ramli MS telah mengambil seorang bayi perempuan untuk dijadikan sebagai anak mereka. Memilih nama Nur Izzara, si kecil tersebut dijaga penuh kasih sayang oleh pasangan ini.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Datin Alyah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Datin Alyah menghantar Dato’ Ramli atau mesra dengan panggilan Tok Ram di lapangan terbang untuk berlepas ke Europe. Tulis Datin Alyah, mereka berada di lapangan terbang seawal pukul 4.30 pagi lagi.
Menerusi video itu, kelihatan Tok Ram yang sedang mendukung Zara dan tidak berhenti-henti mencium pipi Zara sebelum berlepas ke Europe. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ada yang rasa tersentuh hati melihat Tok Ram seolah-olah berat untuk berpisah dengan Zara.

Selain itu, ada juga yang menyifatkan Tok Ram seorang ayah yang sangat penyayang dan semestinya Zara adalah anak manja Tok Ram. Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Datin Alyah ini telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video oleh Datin Alyah dan pelbagai respon diberikan mereka. Antara komen-komen menarik adalah :
” Aduh sedih pula tengok Tok Ram tak berhenti cium anak, berat betul nak berpisah tu.. Tapi kan, tengok Tok Ram memang seorang ayah yang penyayang.. “
” Makin lama muka Zara dah macam Tok Ram i tengok.. Zara mesti anak manja intan payung daddy ni.. Hehehe geram betul tengok Zara comel.. “
” Tengok tok ram mcm penyayang sgt..tapi bila kerja mak serius gileee.. Terbaiklah tok RAM.. Semoga sehat selalu bersama keluarga.. “
” Suka tgk tok ram ngan anaknya, cam, “my life dah complete semua ada, now i can focus fully pada my little princess “ kalau tgk cara dia kelek dak tu. semua benda mmg diatur cantik ja olehNya.. “
” Alolooooo seriusss mcm daddy dia laaa.. Cuteee sgtsgttt nih.. Daddy mesti rindu sangat Zara nanti.. Mesti tak sabar nk balik jmp zara.. “
” Manja betul dia dengan daddy.. Selalu orang cakap anak perempuan ni memang akan manja sangat dengan ayah.. Semoga Zara jadi anak yang penyejuk hati mummy dan daddy.. “
” Rindu giler lah daddy nanti dengan Zara.. Best kan bau baby.. Bau tu ler yang akan buatkan bertambah rindu.. Cute lah Zara sekarang.. Dah copy paste tokram.. “
Kehadiran Zara dalam hidup Tok Ram dan Datin Alyah membawa seribu cahaya. Ramai yang tumpang gembira melihat keluarga kecil ini yang semakin bahagia sekarang. Apa-apa pun, didoakan semoga Zara terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat Tok Ram serta Datin Alyah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG alyah81
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

