Artis / Selebriti
” Adoi, sakit perut ketawa. Tak bosan tengok ulang banyak kali, tetap mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
Video Zizan Razak mengusik PS Mansur sehingga melatah buat ramai terhibur. Nakal lah Zizan, sampai keluar jampi-jampi PS Mansur. Nasib tak ditonyohnya muka Zizan tu, haha..
Meninjau di akaun TikTok milik akaun bernama kakyanzshop, telah dikongsikan dua video yang memaparkan pelawak, Zizan Razak sedang menyakat seorang jurusolek terkenal, PS Mansur. Menerusi video itu, PS Mansur sedang makeup wajah Zizan.
Namun, ketika PS Mansur tekun membuat kerjanya, Zizan mula menyakat PS Mansur sehingga PS Mansur melatah. Pelbagai gaya dibuat oleh PS Mansur ketika diusik oleh Zizan sehingga kedengaran suara-suara orang yang berada berdekatan dengan PS Mansur dan Zizan turut berdekah gelak.
Menerusi video kedua pula, Zizan masih lagi menyakat PS Mansur. Zizan seolah-olah sedang membaca jampi kepada PS Mansur dan gaya yang dibuat Zizan itu ditiru oleh PS Mansur. Perkongsian video ini juga telah mengundang tawa warganet. Ramai yang mengatakan terhibur melihat PS Mansur melatah.

Ada di kalangan warganet meninggalkan komen video ini mengimbau kenangan ketika PS Mansur melatah semasa diusik oleh pengacara terkenal, Dato’ AC Mizal sebelum ini. Sehingga kini, video Zizan menyakat PS Mansur ditonton lebih 3.1 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.
Jom tonton video di bawah :
@kakyanzjerrr Tengok ler perangai zizan ni bile dah jumpa PS.. Abis laaa..kena sakat je la.. #melatah #melatahviral #viral #zizan #zizanrazak #psmansur #lawak #kelakar #fyp #fypage #fyppppppppppppppppppppppp
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
@kakyanzjerrr Replying to @aniza.aniza77 tengok dia menjampi pulak dah.. #melatahviral #melatah #viral #zizan #zizanrazak #psmansur #lawak #fyp #fypage #fyppppppppppppppppppppppp
Di ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa terhibur mereka selepas menonton video ini. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Adoi kuat menyakat Zizan ni, sampai tak tenang PS dibuatnya, haha.. Takdek lah lepas dia melatah tu dia fokus balik kerja dia tu mcm takdek apa2.. “
” Penyabar betul mansur ni…Hahahaha.. Dlm byk2 latah ps mansur je aku nmpak real. Yg lain2 tu mostly saja mengada & buat2.. “
” PS Mansur Latah secara senyap Ooo Masih fokus Pada Kerja nya.. Latah dalam iman, hahaha.. Latah2 pun kerja jalan perfect pulak tu.. “
” Bila la nak siap makeup klu cmni, haha..Elok makeup sejam JD 3 jam, haha.. Makeup ttap menjadi ek.. Tangan memang berseni betul PS.. “
” Zizan klau meyakat .adoi.. Sakit perut gelakan dia org.. Masih tak boleh move on video lama yg latihan menemb4k tu lah, mengekek gelak.. “
” Suka tgk ps Mansur dgn geng melatah dgn Dato’ AC.. Kelakar betul.. Ni pun kelakar, Zizan memang kuat menyakat betul.. “
” Mohon banyakkn konten yg ada Ps Mansur ni, haha adoii sakit perut ktwa dan takkan bosan tgk biar ulang bnyk kali.. Tetap mngekek ketawa.. “
Tidak kering gusi ketawa melihat gaya PS Mansur melatah ketika Zizan tidak berhenti-henti menyakatnya. Nakal betul Zizan, nasib lah PS Mansur dapat jumpa orang kuat mengusik macam Zizan. Walau bagaimanapun, warganet turut memuji, walaupun PS Mansur, namun hasil kerjanya tetap on point.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok kakyanzshop
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

