Artis / Selebriti
” Ad0i biasa perempuan je buat dekat lelaki, sekali lelaki balas la. Hehe.. ” – Netizen
Video Lakonan Elly Mazlein Bersama Amir Masdi Sebagai Pasangan Kekasih Buat Warganet Terhibur. Part Last Yang Kak Lina Cakap Tu Memang Kelakar. Siap Buat Muka Lagi, Haha !!
Meninjau di akaun Instagram radio Era, telah dikongsikan video penyanyi Amir Masdi menjadi selebriti jemputan dalam Carta Era 40. Pelbagai topik yang diborak antara Amir bersama penyampai radio, Elly Mazlein atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina.
Salah satunya adalah segmen Kak Lina telah mengajak Amir untuk bermain satu game. Dalam game tersebut pelbagai soalan ditanya oleh Kak Lina. Seperti biasa telatah Kak Lina yang suka menyakat Amir mencuit hati ramai.
Satu lagi video yang dikongsikan oleh radio Era adalah memaparkan Kak Lina dan Amir sedang berlakon. Kedua mereka berlakon sebagai pasangan kekasih. Pada awal lakonan, Elly telah membawa sebekas mee goreng untuk diberikan kepada Amir.

Namun Amir tidak mahu makan makanan tersebut kerana Amir menginginkan makanan lain. Amir juga meminta Elly untuk membeli makanan lain untuknya. Video itu telah menarik perhatian warganet dan telah menerima lebih 3 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan oleh warganet dan rata-ratanya terhibur dengan lakonan Elly bersama Amir Masdi. Antara komen-komen menarik adalah :
” Ad0i biasa perempuan je buat dekat lelaki, sekali lelaki balas la. Hehe perangai minta kena kec4m berjemaah boyfriend gini.. “
” Banyak cantik erk.. Tukar2 pulak suka tak suka tu.. Mengund4ng ni.. Nasib baik nombor syatuuu tau hahahaha.. “
” Hahaha cutenya ‘nasib baik ensem’.. Carik gad0h macam ni nasib baik comel.. Kelakar tengok lakonan Kepom dengan Amir.. “
” Amboi menjadi betul Amir berlakon.. Mahu perangai macam ni punya boyfriend memang dah kena cep0k kepala, hahaha.. “
” Hahahaha hemp0k je patutnya.. Sound di mcm cerita zaman2 mami jar0m tu Kak Lina, haha baru dia sedar.. “
” Hahahahaha handsome terus pergi beli lain ye Kak Lina, hahahaha ulang tgk tau lawak tengok Kak Lina buat muka.. “
” Nak nasik tp tak kisah la apa2… Kat tgh dh ada mi goreng dgn laksa. Tp suh beli yg tak kisah la apa2, ishh ger4m aku.. “
Menjadi betul lakonan Amir dan Kak Lina sehingga membuatkan orang yang menonton pun menjadi ger4m dengan perangai boyfriend seperti ini. Apa-apa pun memang tak pernah mengecew4kan video lakonan Kak Lina bersama selebriti jemputan Carta Era 40 pada setiap minggu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

