Artis / Selebriti
” Aaaaa nangis baca caption Faz. Heartfelt, tears drop every word Faz.. ” – Komen Netizen
Bingkisan hati Fazura khas untuk anaknya, Nur Fatima Aisya sempena berakhirnya tahun 2024 menyentuh hati ramai. Tahun yang paling meninggalkan kenangan pahit buat Fazura dan Fatima. Sebaknya baca..
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Fazura, telah dikongsikan satu bingkisan rasa istimewa daripada Fazura untuk anaknya, Nur Fatima Aisya. Mukadimah sahaja sudah menyentuh hati warganet, apatah lagi membaca keseluruhan kapsyen Fazura itu.
Dan akhirnya hanya tinggal Fazura dan Fatima berdua. Banyak yang dilalui beberapa bulan kebelakangan ini dan ianya cukup mencabar. Fazura memanjatkan rasa syukurnya kerana Allah kurniakan Fatima dalam kehidupannya. Fatima memberikan Fazura kekuatan untuk meneruskan kehidupan di kala hatinya hancur berkecai.
Walaupun Fatima masih kecil, namun anak ini cukup memahami dan selalu membuatkan Fazura merasa selesa dan tenang. Ayat Fatima yang berulangkali diucapkan kepada Fazura berbunyi “you’ll feel better mommy” cukup bermakna untuk Fazura.

Mungkin sekarang Fatima belum memahami mengapa segala ini terjadi, namun suatu hari nanti, apabila Fatima sudah cukup matang dan akan tahu Fazura hanya mahukan yang terbaik untuk Fatima. Harapan Fazura agar kehidupan mereka berdua dilindungi Allah dan diberkati.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 18 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Aaaaa nangis baca caption Faz.. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi Kak Faz dan Fatima selamanya.. Aamin.. “
” Hugs Sayang Faz dan Fatima sebagaimana saya sayang keluarga saya. Terus kuat Faz.. kami sentiasa ada utk Faz kesayangan kami semua. Kita jumpa lagi 2025.. “
” Sebak moga Allah melindungi dan memberkati perjalanan hidup Faz dan Fatima .. love you both so much.. “
” The beauty of a mum and daughters undying love. To infinity and beyond. Our Faatimahs are our warriors.. “
” Mata masuk habuk la.. love you kak faz saya and nyama anak solehah.. Smg kak Faz dan Fatima sentiasa dalam lindungan Allah swt. Aamiin.. “
” Heartfelt, tearsdrop every word kak.. The last part.. ouchhh.. stay strong kak Faz we love ya.. wishing you and fatima a vert happy, beautiful and healthy 2025.. “
” Mother’s are superwoman and guardian angel for their daughters.. stay strong and may Allah ease everything for u and fatima.. Aaminn.. “
Bait-bait ayat yang penuh bermakna dan sarat dengan seribu emosi untuk Fazura dan Fatima. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk Fazura dan Fatima. Semoga kedatangan tahun 2025 akan membawa lebih kebahagiaan dan kegembiraan untuk Fazura dan puteri kesayangannya itu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fazura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen

