Artis / Selebriti
” 1 minit siapkan tudung on point camni memang tak mampu. Tokti memang power betul.. ” – Komen Netizen
Video Di Belakang Pentas Ketika DS Siti Nurhaliza Bersiap Untuk Persembahan Konsert Cinta Di Awan Buat Ramai Kagum. Wah, Dalam Tempoh Seminit Je Siap Tudung Tokti !!
Meninjau ke satu akaun TikTok, perkongsian sebuah video yang memaparkan keadaan di belakang pentas ketika Dato’ Seri Siti Nurhaliza bersiap untuk persembahannya di konsert Cinta Di Awan tempoh hari telah meraih perhatian ramai.
Apa yang mencuri perhatian ialah cara Dato’ Seri Siti bersiap dengan begitu pantas sekali. Dato’ Seri Siti hanya mengambil masa selama 1 minit untuk mengemas dan membetulkan tudungnya dibantu oleh hijab styling yang ditugaskan. Wah, bukan mudah untuk menjadikan tudung bawal on point.
Penampilan Dato’ Seri Siti turut memukau ramai kerana pakaian yang dikenakan cukup cantik bak puteri. Bukan sesuatu yang mudah untuk menukar pakaian untuk setiap kali persembahan dan perlu menepati masa yang telah ditetapkan.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Konsert Dato’ Seri Siti pada malam tersebut berjalan dengan lancar seperti yang dirancang dan berjaya menghiburkan para peminat.
Jom tonton video di bawah :
@biancabellaofficial Replying to @Mr. SHY19 alhamdulilah terima kasih awak.Tapi kalau semua dah diberi tugasan macam ini kami semua designer akan buat yang terbaik untuk kesayangan kami dan Malaysia ini ❤️🥰 Kalau korang mampu siapkan tudung dalam 2 minit?#cintadiawansitinurhaliza #konsertcintadiawansitinurhaliza
♬ original sound – BIANCABELLAOFFICIAL – BIANCABELLAOFFICIAL
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen apabila menonton video ini. Antara komen-komen yang diberikan :
” Satu nama….Siti Nurhaliza….ramai yang berkongsi rezeki demgannya.. Semua baju Cantik tapi….Baju ni paling kenan.. “
” 1 minit siapkan tudung on point cmni mmg x mampu Tokti memang power btull.. suka betul nk tgk BTS cmni. baju paling letop untuk konsert kali ni.. “
” Bajuuu paling cantikkk utk konsert Cinta di Awan.. ct kot.. tudung kelepet x iron pon cantekkkk. Mmg la klu hati2 buat praktis makes perfect.. Apoo.. “
” SubhanAllah, cntik sgt design ni. lari dari design cliche sebelum ni.. Baju ni paling cantik dalam semua konsert2 tokti selama ni… sumpah.. “
” Terfikir juga berapa jauh bilik persalinan dgn stage. Rupanya belakang stage je ye? cantiknya baju siti yg ni.. dah habis show baju ni simpan kat mana.. “
” Bestnye jd artis ye. Dpt pakai cantik2. Mekap lelawo. Tp tu lah, yg x bestnye life xde privasi. Sentiasa diperhatikan masyarakat.. “
” Memang sweeeeet sangat dan nampak elegant.. lawanya,buat baju pengantin pon ngam,ambil inspirasi.. patut x buat photoshoot baju ala2 design ni ek… arghhhhh .. “
Ini bukanlah pertama kali video di belakang pentas dikongsikan kepada umum. Sejak dari dahulu lagi Dato’ Seri Siti sememangnya begitu committed dengan kerjayanya untuk setiap kali konsert yang diadakan. Disebabkan ini juga Dato’ Seri Siti kekal dengan gelaran penyanyi nombor 1 negara.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Bianca Bella
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

