Artis / Selebriti
” Sebak, rindunya nak tengok korang macam ni.. ” – Komen Netizen
Perkongsian Syada Amzah Video Throwback Kenangan Bersama Kakaknya, Shila Amzah Buat Ramai Tersentuh. Alahai Sebaknya Tengok Video Ni. Air Dicincang Tak Akan Putus !!
Hubungan Shila Amzah dan adiknya, Syada Amzah sangat akrab. Sejak mereka kecil sehingga dewasa, banyak yang mereka kongsikan bersama. Namun dek kerana perselisihan faham yang terjadi sebelum ini membuatkan mereka tidak bertegur siapa dan bermasam muka.
Meninjau akaun Instagram Syada Amzah, telah pun dimuatnaik satu video throwback yang memaparkan kenangan mereka bersama. Syada turut mencoretkan ucapan selamat hari lahir untuk kakaknya ini. Menerusi video Syada itu, ramai yang tersentuh melihat betapa utuhnya kasih sayang antara adik beradik ini.
Segalanya dilakukan bersama, gelak ketawa yang pastinya dirindui hari ini. Biar pun ucapan Syada ringkas sahaja tetapi cukup membuatkan yang membacanya sebak. Pastinya Syada juga merindukan moment bergelak ketawa bersama Shila. Warganet juga turut memberikan kata-kata semangat dan mendoakan agar hubungan dingin antara mereka berdua akan berakhir.

Pepatah ada mengatakan air dicincang tidak akan putus, begitu jugalah dengan ikatan antara adik beradik. Sebesar mana pun sengketa dan masalah yang terjadi, pasti akan ada jalan penyelesaiannya. Hanya masa yang akan menentukan bila segalanya akan pulih seperti sediakala.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ya Allah kau Pelihara la Anak2 ini ya Allah… Kau Qabulkan segala Doa serta hajat yg baik2 buat mereka ini ya Allah Ya Rabb ya Mujib. Happy birthday Anak shahilaamzah.. ”
” Friends come and go, but sisters are forever.. Alhamdulillah moga terus bersatu seperti dulu.. ”
” Semoga berbaik lah semula mcmni… adik badik air cincang xkan putus.. semoga Allah permudahkan segala urusan.. ”
” Semoga yang baik baik saja untuk kalian berdua, air dicincang takkan putus.. menangis tengok video ni.. ”
” Love to see both of u like this… keep the bonding strong syada syadaamzahh … happy birthday to shahilaamzah.. ”
” Sebak, semoga semua dalam lindungan Allah dan semoga bersatu kembali.. love all of you.. ”
” Alhamdulillah jangan gaduh-gaduh dah.. Siblings till jannah.. Pibeday shahilaamzah.. semoga segala urusan kalian dipermudhkan & diberkati dengan rahmat Allah SWT selalu.. ”
” Sebak.. rindunya nk tgk korg mcm ni.. air yg dicincang takkan putus.. insyaAllah rindu menyapa, sayang bertaut.. ”
Sayangnya seorang adik terhadap kakaknya tidak akan berkurang, begitu juga sebaliknya. Semoga segala kekusutan akan terlerai dan yang keruh kembali jernih. Apa-apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan buat Syada sekeluarga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Syada Amzah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

