Artis / Selebriti
” Zoragon marah Wak Kernal buat mini love dengan Siti, haha.. ” – Komen Netizen
Video Azlee Senario cuba meniru gaya Fazura buat mini love buat ramai terhibur. Saja je kan nak sama dengan Fazura. Kan dah kena tepis tangan tu dengan Wahid. Part ni memang lawak, haha..
Umum mengetahui bahawa pada tahun ini, Jakel tampil dengan kelainan tersendiri apabila menjalinkan kerjasama khas bersama artis jelita, Nur Fazura. Kerjasama tersebut menyaksikan pelancaran koleksi pakaian raya edisi Fazura di Jakel yang berjaya mencuri perhatian ramai.
Sejak diperkenalkan, koleksi berkenaan menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada para pembeli. Ramai pelanggan dilihat teruja dengan rekaan yang elegan serta sentuhan eksklusif yang dibawakan oleh Fazura dan menjadikan koleksi ini antara yang paling dinanti-nantikan menjelang musim perayaan.
Terbaharu, menerusi perkongsian di akaun Instagram milik Jakel, sebuah video telah dimuatnaik yang memaparkan Fazura sedang bergambar bersama duta Jakel seperti Que Haidar dan ahli Kumpulan Senario. Kehadiran mereka jelas menambahkan lagi kemeriahan suasana sesi tersebut.

Namun begitu, apa yang benar-benar mencuri perhatian warganet adalah telatah Azlee yang secara spontan meniru gaya ‘mini love’ seperti yang dilakukan oleh Fazura. Aksi bersahaja itu nyata menghiburkan dan mencetuskan gelak tawa dalam kalangan yang menonton.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan pelbagai kata usikan telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Zoragon marah Wak Kernal buat mini love dengan Siti, haha.. Teringat dulu fazura pernah berlakon sama dlm senario xx dulu.. “
” Zuragon marah wak duduk sebelah Fazura.. Ni Jakel buat reunion Senario xx haha… Happening betul tengok.. “
” Masalahnya aku tengok ber ulang2 sebab comel sangat weh.. Faz ni memang cantik sangat kan, manis je muka dia senyum.. “
” Fazura nih undertone apa ehh.. Ada warna dia nampak berseri cantiknya.. Macam vid nih.. So cantik sangat dia.. “
” Alah teringat pulak kak Faz dlm cerita senario tu.. Siapa mcm saya gelak sorang2 mengaku cepat, hahahahaa.. “
” Time macam ni pun masih buat lawak.. Senario XX reunion ni kan, kan.. Gula pun tak manis macam Fazura.. “
” Bila tgk yassin teringat yang dia makan nasi goreng dgn siti.. Lahap sungguh, hahahahaha.. Weh video ni memang mengimbau kenangan tengok filem senario.. “
Lebih mencuit hati, Wahid dilihat sempat menepis tangan Azlee ketika gaya tersebut dilakukan. Perkongsian video berkenaan bukan sahaja mengundang tawa warganet, malah turut mengimbau kenangan lama penonton terhadap filem Senario XX yang pernah menampilkan gandingan Fazura bersama Kumpulan Senario.

Silakan SHARE..
Sumber : IG jakeltextile
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

