Artis / Selebriti
” Zayyan buat kita touching betul dengan wish dia. Nak nangis.. ” – Komen Netizen
Video Syatilla Melvin Prank Sempena Suami Syafiqa Melvin, Azhar Othman. Sampai Pucat Muka Abang Long Tengok Tilla Mengamuk. Ucapan Anak Sulung Kak Long, Zayyan Menyentuh Hati Ramai. Tapi Boleh Pula Zayyan Kantoikan Nama Baby Bakal Lahir, Hehe !!
Meninjau akaun Tiktok Syirabby, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Syatilla Melvin membuat prank sempena hari lahir suami kakak sulungnya Syafiqa Melvin iaitu Azhar Othman. Syatilla sememangnya berbakat sebagai pelakon dan lakonannya begitu menjadi.
Menerusi video itu, Syatilla beraksi sedang marahkan staff di pejabat dan ini membuatkan Azhar tercengang seketika melihat kelakuan Syatilla. Azhar menyangka Syatilla kena sampuk kerana tiba-tiba sahaja mengamuk. Kemudian semua staff menyanyikan lagu happy birthday dan membawakan kek.
Pada perkongsian di Tiktok Syafiqa pula, moment Azhar bersama anak-anak, Zayyan dan Hana pula dimuatnaik. Kedua-dua anak Syafiqa ini menyiapkan kad ucapan yang menyentuh hati untuk abah mereka itu. Sekian lama tidak merasai kasih sayang seorang ayah, Azhar hadir mengisi kekosongan dalam hati anak-anak ini.

Masing-masing menghasilkan kad ucapan yang kreatif dan mencoretkan sendiri ucapan untuk abah mereka itu. Kad ucapan Zayyan yang mengandungi kata-kata yang membuatkan warganet sebak. Berharganya abah dalam hidup Zayyan dan berkali-kali ucapan terima kasih diluahkan menerusi kad ini.
Jom tonton video di bawah :
@syirabby Prank Birthday Boss. Dia ingat Tilla kena sampuk 🤣 #kekasih #birthday #themelvins #siblings #fyp #tiktokviral
@syafiqamelvin Thank you for everything sayang, you know that we love you 😘 #foryoupage
♬ Piano melody of the night when the stars shine(1173618) – naopapa
Ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini dan antara komen-komen warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Bagusnya abg azhar tak tiup lilin tu malah hnya kibas dngn tangan. jarang ada org macm beliau.. ”
” Tilla keluarkan jiwa lakonan dia. Walaupun dh brtahun xbrlakon tapi masih berbisa. pelakon buat prank, nampak real cok.. ”
” Zayyan u make me cried.. Moga Allah permudahkan urusan kaklong lahirkan baby Aminah nanti.. ”
” Mesti mereka sangat rindukan kasih sayang seorang ayah kan? Allah Maha Baik, dia beri kaklong dan anak-anak seorang lelaki yg tulus menyayangi kalian.. ”
” Zayyan buat kita touching betul dengan wish dia. Nak nangis.. Happy sgt tgok kaklong and anak-anak.. ”
” Terus kantoi zayyan tulis baby aminah.. aaaa nangis pagi2 ni baca surat zayyan.. nmpk syg sgt dkt abahnye.. ”
” Arhh so sweet anak-anak kak long.. baby Aminah, tak sabar nak tengok baby Aminah nanti.. Happy birthday Azhar Othman.. ”
” Happy birthday En Azhar.. so touch & sweet the words given by the kids.. May Allah shower kak long’s family.. ”
Kasih sayang abah untuk Zayyan dan Hana yang membahagiakan hati anak-anak. Zayyan pula terkantoikan jantina bakal adiknya dengan menulis nama baby Aminah dalam kad. Alamak Zayyan, pecah rahsia ibu. Apa-apa pun, selamat hari lahir Azhar dan berbahagia selalu bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Syirabby, Tiktok Syafiqamelvin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

