Artis / Selebriti
” Zara, CNY lambat lagi. Comelnya dia, geramnya tengok.. ” – Komen Netizen
Video anak Datin Alyah Dan Dato’ Ramli MS, Nur Izara memakai baju Cheongsam yang dibeli oleh Tok Ram buat ramai yang geram. Alahai, comel betul Zara, Sesuai pula dengan baju tu. Part Zara senyum tu alahai cair tengok..
Meninjau ke akaun Instagram Datin Alyah, perkongsian sebuah video yang memaparkan anaknya iaitu Nur Izzara atau Zara memakai baju cheongsam telah meraih perhatian ramai. Baju tersebut dibeli oleh Dato Ramli MS atau Tok Ram ketika berada di Hong Kong.
Tok Ram berada di sana untuk program Travel Lawak Program Bapak-Bapak untuk musim terbaru. Nampaknya Tok Ram tetap ingat untuk membelikan pakaian untuk si comel Zara. Baju tersebut nampak sangat sesuai dan muat dengan Zara.
Menurut Alyah, Zara sangat suka dengan warna merah. Jadi apabila dibeli cheongsam berwarna merah, Zara dilihat sangat suka memakainya. Warna merah sangat sesuai dengan Zara kerana warna kulit Zara yang cerah. Alahai, geramnya melihat kecomelan Zara.

Perkongsian video ini telah menerima lebih lima ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Sebelum ini tular Tok Ram membelikan sepasang kain untuk Datin Alyah. Pastinya akan ada buah tangan untuk isteri dan anak tersayang apabila Tok Ram pulang dari luar negara.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang geram melihat kecomelan Zara memakai baju cheongsam. Antara komen-komen yang diberikan :
” Comel nya dia geram tengok.. Adekkk, CNY lambat lagi, pakai saree dulu okay..? Pandai Daddy beli baju Zara.. Halahhhh halahhhh halahhhh….comey nya diaaa.. “
” Wahhhh Miss IZALA CHENG. Elok baju Papa dia beli di Hong Kong Siapa yg ulang² kali tenggok. awalnya zara sambut cny.. “
” Penghibur hati tokram_ramlims dgn alyah81 baby comel ni… geram tengok.. MasyaAllah…rsa nk cubit2 pipi dia tu, gerammmmm .. “
” Zara ohhhh zara sejak Daddy join group veteran pegi lak sana sini kan…Daddy dah up sikit pandai soping Zara oittt jaman berdua dgn Mummy alyah81 takde pun dia ingat sangat.. “
” Rasa mcm zara dah amik tempat Mummy je ni…tak lama lagi kena beli lemari beso utk zara ..baju dah banyak.. CNY lambat lagi Deepavali dulu.. “
” Makin cerdik acik tengok dak tecik ni. Membesar sihat jadi puteri solehah ye sayang. Dah iras daddy dia haaaaaaa.. COMEL.. “
” Comeynya diaaaa.. Pandai Papa dia beli saiz sedang elok haaa.. bertambah2 comey amoii Izala ysas.. Ngam pulak saiznye.. Paannndai tok cari saiz ekkkk.. “
Zara kini menjadi penyeri rumahtangga Tok Ram dan Alyah yang selama ini tiada gelak tawa anak kecil di rumah mereka. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Zara membesar dengan sihat, menjadi anak yang baik, solehah serta berjaya. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Alyah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


