Artis / Selebriti
” You are so garang, you made me scrub the floor everyday.. ” – Tunku Azizah
Video Tunku Azizah Aminah Maimunah bertemu dengan bekas gurunya buat ramai terhibur. Comel Tunku Azizah bercerita moment masa zaman sekolah dulu. Rupa-rupanya Tuanku pun pernah kena denda, hehe..
Meninjau ke akaun instagram Majalah Nona, perkongsian sebuah video yang memaparkan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah bertemu dengan bekas gurunya telah meraih perhatian ramai. Ini merupakan pertemuan kali pertama Tunku Azizah dengan gurunya itu selepas persekolahan.
Cikgu Raja Norshiah pernah mengajar baginda mata pelajaran sains rumah tangga semasa tingkatan 3 di Sekolah Menengah Tun Fatimah, Johor suatu ketika dahulu. Mereka bertemu di program World QuranHour yang berlangsung di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM, Gombak.
Tunku Azizah masih ingat moment ketika di bangku sekolah yang mana cikgu tersebut sangat garang dan selalu mendendanya mengelap lantai. Walaupun guru tersebut sudah berusia 79 tahun, namun memori bersama Tunku Azizah tetap juga diingatinya.

Perkongsian video ini telah menerima lebih lima ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Turut hadir ke program World QuranHour ini ialah isteri kepada perdana menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr. Hajah Wan Azizah Wan Ismail.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Tuanku sklh gov ke?igt ank2 cucu sultan ni sklh kt obersea.. Cikgu ERT mmg garang2. Arwah mak pun cikgu ERT. Mmg students takut. Tanya kenapa garang sebab mengajar guna api, pisau.. utk keselamatan.. “
” Seronok duduk sebelah kak wan, berangin je.. Ya Allah sesungguhnya patik di KL merindui Tuanku sebagai Permaisuri…seronok dgr cerita² Tuanku .. “
” Tuanku ni memang comel forever .. Kak Wan dah mcm jd pengapit tu.. Ampun Tuanku,asyik nak tergelak jer,sekarang x garang kan .. “
” Anak raja pn kne berus lantai..mmg anther level r cgu ni..hehe..semoga diberi ksihatan yg buat kdua2 nye. Guru home science memang garang. Dulu kini dan selamanya.. “
” Tuanku lps geram btol tu. Garang & berani cikgu tu. Cucu Sultan pun kena juga. Lepas geram yaa Tuanku. Anyway kalau berseloroh dgn rakyat tak pernah tak comel .. “
” Ingat lagi zaman sains rumah tangga time class masak mmg suka, bila time class menjahit, takde yang complete kecuali apron sbb apron tu kena guna every cooking class.. “
” Sy pun cikgu yg ajar ekonomi rumahtangga tak silap ke apa nama subjek masa tingkatan 4 ..memg garang cikgunya ..tak tahan.. “
Memori semasa di sekolah pastinya sentiasa berada di ingatan, terutamanya momen-momen yang seronok dan yang mengajar kita menjadi seorang insan yang berguna. Jasa seorang guru sangat bermakna apabila melihat kejayaan anak-anak didiknya. Seronok melihat moment Tunku Azizah bersama gurunya itu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Majalahnona
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Happy Birthday Ammar. Baru tahu umur Ammar, ingatkan muda lagi, hehe.. ” – Komen Netizen


