Artis / Selebriti
” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
Video ibu YB Syed Saddiq, Shariffah Mahani berkongsi ciri-ciri menantu idamannya untuk YB Saddiq curi perhatian warganet. Alahai lembut sungguh kata-kata Mama YB ni, sejuk hati dengar. Memang mentua dari syurga..
Ibu kepada YB Syed Saddiq, Shariffah Mahani antara figura yang menjadi sorotan ramai. Mama YB memiliki karakter yang tenang sama seperti YB Saddiq. Tutur kata bekas guru ini tersusun indah dan penuh adab sopan. Untuk info, ibu YB Saddiq merupakan seorang pejuang kanser yang telah melalui banyak dugaan.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram dan Tiktok Mingguan Wanita, telah dikongsikan satu video yang memaparkan ibu YB Saddiq muncul sebagai tetamu dalam podcast Sembang Wanita. Banyak yang dibicarakan dalam podcast ini berkisar mengenai kehidupan ibu YB bersama suami dan anak-anak.
Ketika diajukan soalan mengenai ciri-ciri menantu idamannya untuk YB Saddiq, Ouan Shariffah Mahani memberikan jawapan yang cukup lengkap. Mama bukan lah seorang yang memandang harta benda dan rupa seseorang sebagai tali ukur untuk dijodohkan bersama anak bongsunya itu.

Seorang ibu pastinya mahukan yang terbaik untuk anaknya. Menyedari usianya dan Abuya semakin meningkat, Mama mengharapkan wanita pilihan YB Saddiq seorang yang dapat memberikan kasih sayang sama seperti mana Mama menyayangi anak-anaknya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 600 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Alhamdulillah rezeki Bella dapat keluarga mertua yg baik… masya Allah, tenang je dengar bila mama bercakap.. “
” Ya Allah rindunyaaaaa nasihat seorang ibu. Rindu arwah ibu.. Alhamdulillah syukur baik mama Syed Saddiq untung bella dpt mertua mcm ni.. “
” Betul apa kata mama bohong kalau tak ada pergolakan rumahtangga.aku teringat aruah mak mertua aku berkata macam tu . ujian tetap adakan . niat nawaitu akad nikah.aku terima.terima segala nya buruk,baik . saling melengkapi.kekurangan , kelebihan masing-masing.. “
” Saya suka cara mama yb barbicara menunjukkan dia seorang ibu yg bijak. Susan kata dia dan penyampaian dia sangat sopan dan berkesan. Dia adalah ibu yg baik, penyayang dan berhati besar. Terima kasih mama dan abuyah kerana sudah menerima bella dan anak2 nya dgn penuh kasih sayang.. “
” Sejuk ati dengar mama yb memberi motifasi.. ibu YB dan YB pun terserlah kebaikannya…alhamdulillah.. best mil in the world, insha ALLAH..
” Beruntung bella dpt mak ayh mertua yg baik,seorg yg penyayang & insya’Allah semoga bella diberi kebahagian slps ini.. Semoga bella dgn syed saddiq bakal menjd suami isteri hingga ke syurga,Amin.. “
” Untung dapat mak mertua mcmni llemah lembut alhamdulillah rezeki bella.. Ibu yang hebat,.. cantik dan sopan.. btul ckp mama YB. SS lembut je bhasa nya,sma dgn Bella.. “
Tutur kata Mama YB Saddiq penuh dengan sopan, sejuk hati mendengar setiap kata-kata mama itu. Bella pilihan terbaik untuk YB Saddiq yang sentiasa ada dalam suka dan dukanya. Semoga Mama dan Abuya berbahagia selalu bersama anak dan menantu tersayang dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Mingguan Wanita, Tiktok Mingguan Wanita, IG Syed Saddiq
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cantiknya bakal menantu. Macam iras muka Memey.. ” – Komen Netizen

