Artis / Selebriti
” Ya Allah, suara sebijik macam arwah Siti Sarah. You improved so much Thalita.. ” – Komen Netizen
Video Anak Shuib Sepahtu, Thalita menyanyikan lagu Biar Sampai Ke Bintang raih pujian warganet. Ada yang kata part ending tu betul-betul macam suara arwah Siti Sarah..
Bagi yang mengikuti perkembangan anak-anak arwah penyanyi Siti Sarah Raissuddin pasti mengetahui yang anak perempuan tunggal arwah iaitu Dzahira Talita Zahra sudah mula mengikut jejak langkah arwah ibunya yang sangat meminati bidang seni suara.
Bermula dengan hobi suka menyanyi di rumah dan pernah membuat persembahan di hadapan orang ramai di Bukit Bintang, Thalita sememangnya mempunyai bakat dalam bidang nyanyian. Baru-baru ini pula, Thalita juga terlibat dengan Konsert By Ajai & Mega Friends di Singapura.
Meninjau di akaun Instagram Shuib, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Thalita sedang menyanyi sebuah lagu bertajuk Biar Sampai Ke Bintang, nyanyian asal oleh Asmidar. Perkongsian video tersebut sekali lagi mendapat perhatian warganet.

Ramai yang mengatakan nyanyian Thalita pada kali ini sudah mempunyai peningkatan yang baik dari segi vokalnya. Bukan itu sahaja, ada juga meluahkan rasa rindu kepada arwah Siti Sarah apabila mendengar suara Thalita yang begitu mirip dengan suara arwah.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Nampak ibu di situ, rindunya kami sang peminat.. Tgk mula2 dekta nyanyi n how u improve so so much.. Good job Dekta.. “
” Allah Maha Baik..Dia izinkan jugak anak ibu boleh menyanyi macam ibu.. Semoga talita berjaya membawa karier sbg penyanyi andai Talita minat ikut jejak langkah ibu.. “
” Beza btul suara dia dr masa nyanyi 1st time dkt bukit bintang tu.. U improved so so much thalita. Im speechless tau.. Tahniah.. “
” Makin sedap la suara Dekta Masyallah, terus kan dekta semangat terus.. Self confident Very well sudah Keep on going little dear.. “
” Ending tu… Suara ibu Thalita sungguh.. Go girl.. Ya Allah suara sebijik mcm arwah akk Siti Sarah.. Darah seni ibu betul2 mengalir ke Thalita.. “
” Masa mula2 dia nyanyi tu dh thu dah dia ni kalau diasah bakatnya mmg lg mantap.. See now bnyk dh improvement.. Tahniah dekta.. “
” Awal2 dengar suara mcm ibu dia.. Ade ibu dalam diri awak Thalita.. Sedap sangat dengar.. Boleh pergi ni.. Semoga bersinar mcm ibu kamu.. “
Ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi. Begitu lah yang dapat digambarkan mengenai bakat yang ada pada diri Thalita yang diwarisi daripada arwah ibunya. Apa-apa pun, semoga Thalita terus menjadi anak yang baik dan segala impian serta cita-cita Thalita akan tercapai nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : shuibsepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen

