Artis / Selebriti
” Ya Allah sedapnya suara, sampai ketar saya ambil video. Terpukau dan terpesona.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Video Penampilan Terbaru Penyanyi Lagu Cinta Tersimpul Rapi, Anis Suraya Menyanyi Di Sebuah Majlis. Wah Lama Betul Tak Tengok Anis, Masih Maintain Cantik, Suara Tetap Padu Macam Dulu. Ada Sebab Rupanya Tak Nak Masuk Gegar Vaganza !!
Masihkah ada yang ingat lagi penyanyi Anis Suraya yang cukup popular dengan lagu Cinta Tersimpul Rapi pada tahun 1999. Kelunakan suaranya mendendangkan lagu tersebut men1nggalkan kesan yang mendalam. Meskipun sudah lebih 20 tahun berlalu, Anis Suraya atau nama penuhnyaa Tengku Anis Suraya Tengku Abdullah Sulaiman masih mempunyai ramai peminatnya.
Selepas mendirikan rumahtangga dan bergelar ibu, Anis jarang berada di majlis-majlis hiburan. Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik Falah Bassim telah dikongsikan video yang memaparkan Anis sedang menyanyi. Difahamkan video ini dirakam ketika di sebuah majlis.
Menerusi video itu, Anis menyanyikan lagunya Cinta Tersimpul Rapi. Akui pemilik akaun TikTok ini yang dirinya begitu terpesona melihat Anis ketika menyanyi yang dikatakan cantik dan suaranya begitu merdu. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet.

Ada yang meluahkan rasa rindu melihat persembahan Anis ini. Bukan itu sahaja, ramai yang berharap Anis akan memasuki pertandingan Gegar Vaganza kerana dia sememangnya layak. Namun begitu, salah satu komen dijawab oleh pemilik akaun ini dan mengatakan yang dia ada bertanya kepada Anis tentang hal tersebut.
Tonton video di bawah ini :
( Sila tunggu seketika jika video lambat keluar )
@falah_bassim Kak Anis Suraya. Ya Allah sedapnye suara sapa ketor saya ambik video. Terpukau & Terpesona. Lemak Merdu Lunak Buluh Perindu. Anak gadis Kak Anis pun memang cantik sangat ikut Ibu dia. Dapat pulak suami Handsome, Penyayang dan Supportive. You Deserve All The Appreciation Sis. Kak Anis Suraya memang Penyanyi Wanita Legend Nombor 1 Terengganu. 🥇🥹🙏🏻🎙️💎🏆🎶💐🎤 #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypage #fy #singing #malaysianartist
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian video ini. Antara komen-k0men menarik adalah :
” Lama tak tengok, tak berubah suara dia dari dulu sampai sekarang.. Maintain cantik Anis yer, anak perempuan dia copy betul muka Anis.. “
” Ingatkan siapalah tadi, rupanya Anis, sedap betul suaranya. Kalau masuk gegar vaganza ni mesti no 1 atau no 2 dalam tangan, padu lah.. “
” Zaman remaja aku layan lagu Anis Suraya.. Kalau g karok, lagu ni memang ada dalam list, hehe.. Alahai rindu nk tgk Anis dalam tv.. “
” Lagu Cinta Trsimpul Rapi ni dicipta utk vokal Anis Suraya sahaja. Kalau org lain nyanyi tu sedap tp tak boleh challenge merdu dan lembutnya Anis Suraya la.. “
” Dalam hidup aku, penyanyi yang paling aku minati Adalah Anis Suraya. Minat sangat.. Sekarang dia dah ada family, tak aktif lagi dalam dunia hiburan.. “
” Suara akak Anis suraya memang merdu.. Sy tahun 94, tapi bila sy search Anis Suraya masa muda. Sy kenal, lainnyaaaa makin cantik sekarang.. “
” Lagu ni mmg khas utk dia je tau, org lain nyanyi mcm kureng sikit.. Pls buat comeback Anis, masuk GV.. Tak sabar nak tengok tau.. “
Respon mengenai Anis tidak masuk Gegar Vaganza :

Padu sungguh part Anis tarik tu, sedap betul suara Anis. Untuk rekod, hasil perkongsian hidup bersama suami, Anis dikurniakan lima orang cahaya mata. Apa-apa pun semoga kehidupan Anis bersama keluarga akan terus bahagia dan segala urusan sentiasa dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG anissurayaofficial, TikTok Falah Bassim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti16 hours ago Artis / Selebriti16 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 



 
																	
																															 
									 
																	
