Artis / Selebriti
” Ya Allah menangis saya. Sahabat sejati dunia akhirat, rezeki Mamat.. ” – Komen Netizen
Video Mamat Sepah menangis terima kejutan yang tidak disangka-sangka oleh sahabatnya, Shuib Sepahtu buat ramai sebak. Terkejut sungguh Mamat, macam tak percaya. Tersentuh tengok Mamat menangis..
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Shuib Sepahtu, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Shuib memberi satu kejutan untuk sahabatnya, Mamat Sepah. Kata Shuib, ketika dia berada di Tanah Suci Mekah baru-baru ini, terdetik dalam hatinya nama Mamat.
Shuib memasang impian untuk kembali semula ke Mekah tetapi bersama Mamat. Dan hari ini, Allah permudahkan segala-galanya untuk Shuib apabila Shuib berjaya membuat penempahan pakej Umrah pada bulan Ramadhan akan datang dan Mamat akan bersamanya.
Shuib mengajak Mamat untuk makan tengahari bersama-sama dan pada waktu itu lah Shuib menunjukkan kertas penempahan pakej yang telah dibuat untuk Mamat. Mamat pada awalnya tidak percaya sehingga lah Shuib menyuruh Mamat membaca dengan teliti kertas tempahan tersebut.

Ternyata bukan hanya Mamat seorang yang akan dibawa tetapi juga isteri Mamat akan ikut bersama. Menitik air mata gembira dan terharu Mamat untuk kejutan oleh Shuib ini. Allah hadirkan rezeki untuk Mamat dan Shuib sebagai pengantaranya. Sahabat sejati yang sukar dicari ganti.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih hampir 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Aaa cryyy wey. nangis tak nak stop ni.. Alhamdulillah rezeki mamat sepah. Mamat nanti doakan aku sama ye.. “
” Alhamdulillah shuibsepahtu mamatsepah Allah makbulkan doa dan beri jemputan menunaikan Umrah di bulan Ramadan.. “
” Bestnya kalau bertiga kan, tapi tulah tak semua bende yang kita sayang selalu ade dengan kita kan ib.. “
” Tahniah mat. terbaik ib.. ingat kawan masa susah senang dulu.. rezeki ko mat dapat kawan mcm ni.. “
” Terharunya saya.. semoga semua dapat umrah yang mabrur aamin.. Murah rezeki kau bang, semoga bersahabat hingga hujung nyawa.. “
” Ya Allah menangis saya.. sahabat sejati dunia akhirat.. Aahh bestnya dapat pergi umrah.. murah rezeki shuib.. kita yang tengok sebak dapat kawan camni.. “
” Rezeki terbesarnya bukan lah dapat free pergi umrah. Tapi rezeki terbesarnya adalah dapat sahabat yang baik circle yang positif. Allahu sebak rasa. Tahniah mamat rezeki tak salah alamat. Allah dah jemput datang ziarah. Doakan kami juga dapat pergi.. “
Hati siapa yang tidak sebak apabila dapat menjadi tetamu Allah dan asbabnya kerana sahabat. Beruntung Mamat ada sahabat seperti Shuib. Susah senang bersama, pasti Allah akan permudahkan segala-galanya untuk 2 sahabat ini. Semoga persahabatan ini berkekalan sampai ke akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shuib Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen

