Artis / Selebriti
” Ya Allah, Kau bagi aku 1 minit je pun, aku nak.. ” – Ridzokumura
Video Dato’ Aliff Syukri menziarahi Ridzokumura buat warganet tersentuh. Sebak dengar nasihat dan luahan hati Ridz pada Dato’ Aliff. Kata-kata yang mendalam dan menusuk ke hati..
Warganet digemparkan dengan berita pemergian arwah isteri kepada usahawan salon terkenal Ridzokumura, Akiko Okumura sekitar pada penghujung bulan Februari yang lalu. Ia berita yang mengejutkan semua dan tidak hanya Ridz dan anaknya, Sky yang bersedih tetapi ramai juga pengikut Ridz di media sosial merasai pemergian Akiko.
Kini setelah hampir 2 bulan berlalu, Ridz semakin tenang dan menerima hakikat isterinya telah tiada. Meninjau entry di akaun Instagram Dato’ Aliff Syukri, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Dato’ Aliff menziarahi Ridz untuk memberikan kata-kata semangat.
Menerusi video perkongsian tersebut, banyak yang diperbualkan oleh Dato’ Aliff dan Ridz. Antaranya Ridz sempat memberikan nasihat kepada Dato’ Aliff mengenai menghargai pasangan. Ayat yang diucapkan oleh Ridz mengundang pilu di hati warganet.

Kerinduan Ridz pada Akiko tidak akan pernah padam. Banyak yang mereka lalui bersama dan pengalaman hidupnya ini apabila kehilangan Akiko dikongsikan bersama Dato’ Aliff agar Dato’ Aliff dapat menyantuni isteri dengan sebaik-baiknya selagi masih ada waktu.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 14 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Semoga Allah terus beri ketabahan dan kekuatan buat ridzokumura melalui semua ujian ini. Semoga dia mengambil ujian ini sebagai hikmah daripadaMu ya Allah. Amiin.. “
” Dato ni ada ciri2 sahabat sejati.. menjaga hubungan sesama manusia.. Redha tpi rindu. Itu rare bang.. Rindu tu yg menyakitkan .. “
” Rindu yg paling sakit adalah rindu dengn orang yg kita sayang telah pergi untuk srlama²nya.. “
” Redha tapi rindu.. Allahu rabbi jgn kan dirinya sedang pun kmi yg tak kenal ni pun masih sgt terasa tak terbendung kesedihan dan sebak bila abg ridz share video2 arwah sakitnya smpi d sini.. “
” Sakitnya Sedihnya bila kehilangan insan tersayang .redo tp rinduu ,itu sudah pasti rinduu sentiasa … muga Ridz kuat n kuat.. “
” Oo ini ayatnya.. Moga kebaikan buat keluarga Dato Datin dan Ridz.. sy redha, tp sy rindu…. pedihhhh martttt.. Ya Allah , berikanlah kekuatan buat abg RO and Sky, tempatkan Aisyah Akiko Abdullah dikalangan org yg beriman.. “
” Walaupun redha tp tetap rinduukn.al fatihah bt isteri abg ridz.. yg melaluinyer sahaja tau rasa itu.. kadang2 org x paham.. bukan x redha tp kita rindu yg dh tiada tu sakit yg x de ubat… redha dan rindu tu 2 maksud berbeza.. faham sngt2 sakit rindu tu.. “
” Sebak weh dengar ayat Ridz tu. Redha tapi rindu, senang diungkap tetapi melawan rasa rindu tu perit.. paling sakit adalah kehilangan tiba-tiba tanpa sepatah kata.. “
Nasihat yang baik daripada Ridz untuk Dato’ Aliff dan ianya juga satu peringatan untuk kita semua juga. Hargai lah insan tersayang yang masih ada di sisi sementara dia masih ada. Andai sudah tiada, rindu itu pasti menyakitkan dan tidak akan ada penghujungnya. Semoga Ridz terus kuat mengharungi kehidupan tanpa Akiko.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Aliffsyukriterlajaklaris
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

