Viral
” Ya Allah, dia yang kehilangan anak tapi dia masih boleh bagi semangat.. ” – Ustazah Marhamah
Perkongsian Ustazah Marhamah Rosli mengenai akhlak dan keperibadian ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat buat warganet sebak. Tersentuh tengok video ibu Zara menangis, rindunya seorang ibu terhadap anaknya..
29 hari berlalu sejak pemergian adik Zara Qairina yang penuh tragis. Dalam menegakkan keadilan untuk Zara, Ustazah Marhamah Rosli antara individu yang setia bersama ibu Zara, Noraidah Lamat. Ustazah Marhamah juga yang dipertanggungjawabkan untuk menyempurnakan proses mengkhafankan jenazah Zara selepas post mortem baru-baru ini.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Facebook Marhamah Rosli, telah dikongsikan satu coretan luahan hati Ustazah Marhamah. Ujarnya perkenalannya bersama ibu Zara baru tetapi pengalaman yang diperolehi sukar digambarkan dengan kata-kata.
Saat orang mengecam, menghina dan memulaukan dirinya, Ustazah Marhamah masih boleh bersabar tetapi apabila Ibu Zara yang difitnah dengan pelbagai naratif negatif, Ustazah Marhamah tidak dapat menahan air matanya dari jatuh.

Dedah Ustazah Marhamah, ibu Zara pernah memberikannya kata-kata semangat kerana mengetahui pada waktu itu Ustazah menerima kecaman yang hebat. Ketabahan dan akhlak terpuji yang ibu Zara tunjukkan menyentuh hati Ustazah Marhamah. Turut dikongsikan video ibu Zara menangis apabila dikunjungi oleh Ketua Menteri Sabah.
Jom baca perk0ngsian di bawah :


Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Perjuangan ibu membersihkan nama anak nya yg di fitnah bunuh diri. Moga kebenaran dan keadilan buat keluarga zara qairina.. “
” Menitis air mata Ustazah Ya Allah kuatkan hati ibu Zara.. Moga Allah permudahkan segala urusan membawa mereka ke muka pengadilan dan di hukum dengan sekeras keras hukuman Insyallah.. “
” Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. Abaikan suara-suara negatif.. Teruskan perjuangan demi keadilan adik Zara.. “
” Ya Allah tolong Ya Allah.. Allahu sedihnya.. Allahuakbar nangis la baca. From one mom to another, keep strong.. Jaga kesihatan ustazah & mama Zara juga.. “
” 29 hari jalan begitu panjang & penuh cabaran..kami rakyat marharen x putus mendoakan keadilan tertegak buat JusticeForZara . Semoga ustazah, peguam, ahli2 keluarga sentiasa Allah lindungi dan tunjukan jalan , permudahkan segala urusan dan keadilan buat kamu semua. Aaminn.. “
” Kuatnya ibu ini, ya Allah Ustazah Marhamah Rosli pun kuat, biiznillah.. Teruskan perjuangan ustazah justiceforzara,kami ttp menyokong,dan sama2 kita benteras buli,putuskan rangkaian buli di seluruh Malaysia.. “
” Allahu sebaknya tgok. semoga kuat and tabah wahai usatazah and mama zara. Teruskan perjuangan demi keadilan adik Zara.. “
” Subhanallah MasyaAllah.. Saat membaca nukilan ustazah pon , meraung sudah sy . Benar. Sy belajar banyak dr akhlak ibu arwah Zara. Dia sangat tenang tp tegas . Dia tidak meraung mcm jika kita yg d uji sebegitu . Dia lemah lembut tidak menghukum , tidak berkata balas walaupon dia di fitnah. Dan inilah arwah Zara, satu²nya anak yg dia ada di dunia ini . Dia ibu tunggal yg Allah angkat martabatnya dgn setingginya.. “
Kuatkan hati seorang ibu walaupun dirinya masih dibelenggu kesedihan tetapi tetap mampu memberikan kata-kata semangat untuk insan lain. Semoga ibu Zara terus kuat dan perjuangan untuk mendapatkan keadilan bagi Zara Qairina akan berjaya dicapai. Justice For Zara hingga ke titik penamat, Insha Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : FB Marhamah Rosli, FB Sabah Info
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Talented lah Ayash, pandai nyanyi ikut tempo. Lagu evergreen tu Ayash, power lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ibu bukan main lagi menyakat. Lagi panas si Hadie dengar madah Sallman tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Berdekah ketawa tengok Matin. Memang natural bakat seni menurun dari daddy.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Macam mana SS layan Ina dulu, itu hasil yang dapat dilihat pada Hadie.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tengok YB pegang Ayden tu touching sangat, so caring.. ” – Komen Netizen


