Artis / Selebriti
” Woww betul lah cantik sangat dekorasi dewan.. ” – Komen Netizen
Gambar Pelamin Di Majlis Resepsi Bekas Anggota Dolla, Syasya Raih Perhatian Ramai. Wah Cantik Sungguh Dekorasi Untuk Majlis, Pelamin Pun Gah Sangat. Kad Jemputan Kahwin Pun Comel !!
Baru-baru ini, ramai peminat kumpulan Dolla terkejut dengan berita pengunduran salah seorang ahli kempulan tersebut iaitu, Syasya. Pengarah Kumpulan Universal Music, Kim Lima mengesahkan pada media antara sebab utama Syasya mengundur diri daripada Dolla adalah kerana ingin mendirikan rumahtangga.
Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal atau nama sebenarnya nama penuhnya Norsyasya Afiqah Shahrizal ada berkongsi foto bersama suami di akaun Instagram miliknya selepas berita perkahwinannya tular di media sosial. Melalui hantaran itu, Syasya berkongsi tiga foto bersama suaminya dengan mengenakan busana pengantin serba putih pada hari pernikahan mereka.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Media Hiburan telah dikongsikan beberapa gambar yang memaparkan keadaan majlis resepsi Syasya yang diadakan di sebuah dewan di Shah Alam pada malam ni. Menerusi gambar-gambar itu, dapat dilihat pelamin dan juga dekorasi majlis Syasya yang sangat cantik.

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan juga adalah kad jemputan majlis resepsi Syasya berserta menu santapan untuk para tetamu yang hadir. Perkongsian gambar-gambar ini menerima ratusan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Wah indah sungguh dekorasi dewan majlis resepsi Syasya.
Ikuti perkongsian gambar-gambar di bawah ini :
Di ruangan komen, ada yang memberikan ucapan tahniah buat pasangan pengantin baru ini. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Woww betul lah cantik sangat dekorasi dewan.. MasyaAllah Alhamdulillah. Sama cantik sama padan. Selamat pengantin baru Syasya dan suami.. Semoga sakinah, mawaddah wa rahmah.. “
Kami dari Berita Kopak turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah buat Syasya dan suami. Didoakan semoga rumahtangga yang baru dibina oleh kalian berdua ini akan terus mekar bahagia serta kekal sehinggalah ke syurga.

Sebelum ini, selepas meninggalkan kumpulan Dolla, penampilan terbaru Syasya ketika Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini yang sudah memakai bertudung juga mendapat pujian warganet. Ramai yang mengatakan penampilan Syasya itu dilihat sangat cantik dan manis.

Silakan SHARE..
Sumber : IG mediahiburanofficial, syasya,rzl, Google BH Online
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


