Artis / Selebriti
” Wow hebat ayah Bella Astillah, patut Bella berbakat.. ” – Komen Netizen
Video throwback ayah Bella Astillah, Awang Astillah bermain drum raih pujian ramai. Fuh power betul ayah Bella main drum, memang keluarga berseni. Patut lah Bella pun hebat..
Nama Bella Astillah semakin menjadi sebutan apatah lagi sejak fenomena BASS (Bella Astillah Syed Saddiq) melanda negara. Tidak hanya perkara yang berkaitan dengan diri Bella, tetapi juga family Bella juga menjadi perhatian warganet. Selain anak-anak Bella, ayah Bella yang bernama Awang Astillah juga berbakat dalam bidang muzik.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Eisseyy Official, telah dikongsikan satu video yang memaparkan throwback ketika ayah Bella masih muda. Menerusi video ini, kehebatan ayah Bella bermain alat muzik drum dipertontonkan kepada semua.
Ramai yang memuji bakat seni ayah Bella itu. Memetik komen warganet, tidak hairan lah adik beradik Bella sejak dari kanak-kanak sudah berjinak dalam nyanyian. Untuk rekod, ketika kecil Bella dan Didi dikenali sebagai Anak-Anak Mutiara dan pernah keluar dengan album mereka sendiri.

Awang Astillah pula banyak membantu Bella dalam bidang nyanyian. Warganet juga turut memuji ketampanan wajah ayah Bella. Tentu ramai peminat ayah Bella ketika itu. Bella lebih mirip dengan wajah ayahnya ini, manakala Didi pula mengikut wajah mama mereka.
Jom tonton video di bawah :
@eiseyyofficial Drum roll by Ag Astillah @Cikgu Awang #agastillah #teambass
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Semua alat music dia pandai ni cikgu music.. family berbakat rupanya.. kita tggu ayang bella main drum lepas ni.. “
” Bagus family bella.. senyap tidak hoar².. kecoh sana sni.. patutlah bellapun lemah lembut.. “
” Wow no wonder anak-anak dia berbakat semua.. orang sabah memang mantap mantap.. lagi lagi kalau suaranya.. “
” Wow mantapnya, baru saya tahu.. hebat bapa Bella Astillah.. Patut Bella pandai menyanyi.. Kalau ayah berbakat anak ada yang mengikutinya.. “
” Terus g tgok video klip nur kaseh inteam. x sgka bella satu family modelnye….. mesti Bella pun pandai main drum.. “
” Kalau kmu dlu2 tgk video klip nasyid kumpulan inteam nur kasih dan bbrp lg lagu kmu nmpk la tu si bella 1 family. dr situ ku syak bpa nya ni mmg org muzik.. “
” Ayah dia guru vocal dan musician yg hebat .. Tak hairan semua anak anaknya penyanyi yg hebat hebat termasuk Bella Astilla.. Didi Angel Astilla dan Erica Astilla.. “
Hebat ayah Bella, tidak hairan lah semua anak-anaknya berbakat dalam bidang seni. Ada darah seni yang mengalir dalam badan diwarisi daripada ayah tersayang. Teringin juga peminat untuk melihat Bella bermain drum, tentu sehebat ayahnya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Eiseyy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

