Artis / Selebriti
” Wow dah la acting power, menyanyi pun power. Sedap sungguh suara Que.. ” – Komen Netizen
Video Que Haidar menyanyi lagu kumpulan Blackrose berjudul Penantian buat warganet teruja. Fuh sedap sangat suara Abang Jamil. Lagu punya lah sedih tapi tuannya senyum bahagia je. Lagu untuk Fazura ke tu, ehem ehem..
Nama Que Haidar pernah hilang dari radar peminat, namun comeback yang dilakukan oleh Que ternyata tepat pada masanya. Nama Que kembali menjadi sebutan ramai selepas video Jamilah viral di media sosial. Kini Que hangat pula digosipkan bersama usahawan cantik, Fazura.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Qhaidersfc1, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Que meluangkan masa bersama kelab peminatnya. Que menghiburkan semua yang hadir ke majlis perjumpaan mereka itu dengan menyanyikan beberapa buah lagu.
Tidak hanya hebat berlakon, Que rupanya ada bakat dalam bidang nyanyian. Suara Que sedap didengar dan tidak sumbang. Que mendendangkan lagu hit kumpulan Blackrose berjudul Penantian. Lontaran suara Que dipuji oleh warganet kerana suaranya yang lunak dan merdu.

Lirik lagu berkenaan sangat mendalam maksudnya dan warganet mengatakan, ianya seakan ada kaitannya dengan kisah hidup Que. Warganet juga menyedari Que seakan sedang dilamun bahagia kerana lagu sedih pun boleh dinyanyikan dengan muka tersenyum.
Jom tonton video di bawah :
@qhaidersfc1 Abang Engku Belanja Tauuu🌹🌹 @Que Haidar #quehaidar #qhaidersfc #fyp #fypage
@qhaidersfc1 Macam Mana Nii,Dah Janji Bulan Depan Pulakkk,Haishhhh… Belanja Sikit Jaa,Klu Nak Fulll Kena Join La Erhhh🤭🤭 @Que Haidar #quehaidar #qhaidersfc #fyp #fypage #jakel
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Macam ada makna lagu tu ye.. lagu tu kena dengan Que.. Lagunye broken. Tpi yg nyanyi tu hati tgh bunga2. Cane tuhhhh.. Haishhhhhh, haha.. “
” Lagu broken… tp Bila Ada perkataan ‘mu’ dia tunjuk kamera pastu senyum2… kalau kat GV da potong markah dia ni. haha.. “
” Lagu sedih tapi senyum.. i is confuse.. yg ni complete..berlakon tk kayu nyanyi pn tk sumbang… gentleman LG on terus fazque.. “
” Wowwwwww… dah la acting power,, menyanyi pun power.. pandai menyanyi rupanya Que ni. suara que sedap lah.. que boleh nyanyi sedap sgt kenapa xjadi penyanyi selain belakun. lagu legends pulak tu. tabik la.. “
” Gentleman laaaa dia…. bagus penuh effort utk faz.. power suara Que.. Sesuai Sungguh lagu nii dgn Apa yg berlaku skrg niii.. Setiap yg tersirat pasti ada yg tersurat.. Semoga berjodoh kalian.. “
” Lagu Penantian. Faz rupanya yg dinanti… tentu guling-guling.. blushing2 dia tengok ni. semua dia tapau eh.. sedap sungguh suara Que Haidar ni.. boleh lah nyanyi dekat Faz selalu nanti.. “
” Ni baru penyanyi sebenar.. sedap padu suara Que. Lagu sedih tapi boleh senyum senyum.. kenapa aku pun ikut tersengih sekali ni haha.. “
Sedap suara Que menyanyi lagu lama seperti ini, sesuai sangat dengan tone suaranya itu. Beruntung lah ahli kelab peminat Que dapat mendengar Que menyanyi secara live. Apa-apa pun, semoga Que terus maju jaya dalam karier dan dimurahkan rezeki selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Q Haiders FC
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

