Artis / Selebriti
” Wow boleh lawan pakcik Fitri Unic ni. Ko punya tarik macam makan nasi dik.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Video Adik Amir The Chosen One Menyanyi Lagu Nasyid, Ainul Mardhiah Ketika Live Cur1 Perhatian Warganet. Fuh Meremang Dengar Masa Amir Tarik Part Corus Tu. Power Lah Suara Amir. Kalau Dapat Berduet Dengan Kumpulan UNIC Mesti Gempak !!
Saban hari, nama adik Amir yang berasal dari Grik, Perak semakin mendapat tempat di hati ramai. Keunikan suara Amir yang ada lenggoknya tersendiri menjadi penarik buat Amir. Bahkan setiap kali Amir menyanyi, alunan suaranya itu akan meruntun hati dan jiwa pendengar.
Amir selalu bersama guru-gurunya dan membuat live bersama-sama. Meninjau akaun Instagram AcikAnie, telah diulangsiar video Termoj Production yang memaparkan Amir bersama abangnya menyanyi. Lagu nasyid berjudul Ainul Mardhiah menjadi pilihan kali ini.
Permulaan lagu, abang Amir menyanyi terlebih dahulu sebelum Amir bergabung suara dengan abangnya. Suara Amir yang boleh membawa nada tinggi membuatkan lagu ini sedap didengar. Komen warganet, meremang mendengar Amir tarik ketika part corus itu.

Selain itu, warganet juga boleh melihat perangai sebenar Amir yang tidak reti duduk diam dan ada sahaja perkara yang dilakukan oleh Amir. Dengan segala bunyi-bunyian keluar dari mulut Amir. Sambil duduk pun suara Amir tetap power.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :
@anirahli Nah #ainulmardhiyah #amirsisi #amirthechosenone #thechosenone #permatadaririmba #dairidaripendalaman #ceritaacikanie Kredit : Termoj Production
Sehingga ini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 9000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Kalau Amir nyanyi lagu Palestine pasti ramai berjurai air mata.. suara amir ni, klu nyanyi “di pondok kecil” mmg sydhdu.. lagi2x part adik yg nyanyi.. ”
” Sedapnya dia tarik, mantap Amir.. Abangnya senyum-senyum tengok adik dia tarik suara. gifted betul Amir ni.. ”
” Meremang bulu roma tang adik tu tarik , moga membesar jadi anak yang soleh buat kedua org tua.. ”
” Wow boleh law4n pakcik Fitri Unic ni hehe. Ko punya tarik macam makan nasi ke dik.. sedapnya dengar, nyanyi main-main pun dah terbuai kita yang dengar.. ”
” Sorg suara dlm sorg suara luar.. Meremanggggg wey.. amir duduk je suara gitu… acik ulang byk kali vtt ni.. ”
” Subhana Allah sedapnya suara Amir part dia tarik tu.. meremang weyh part tarik tu.. Ni kalau duet dengan UNIC mesti wow.. ”
” Tu diaaa .. dia bagi.. Fuhh sedap sungguh suara adik Amir.. meremang dik.. amir ni buatkan sy teringat dulu masa tahun 90an ada kumpulan oa.sedap sgt suara diorg.. ”
Alahai Amir, buat semua orang meremang dengar suara emas Amir tu. Sekali Amir tarik, menusuk ke hati terus. Jika berkolaborasi dengan kumpulan UNIC tentu gempak. Apa-apa pun, suara Amir memang sesuai dengan irama nasyid. Lenggok dan qasidah tu yang mahal.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok AcikAnie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti1 day ago Artis / Selebriti1 day ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
