Artis / Selebriti
” Wow Amir, lain benar dah suara. Kenapa nyanyi pakai hati ni.. ” – Komen Netizen
Video teaser Amir The Chosen One cover lagu Bintang daripada Budak Kacamata raih pujian ramai. Wah suara Amir dah matured lah. Tetap merdu dan menyentuh hati..
Amir yang berasal dari hutan rimba pernah menjadi sebutan warganet. Kemenangannya di pentas The Chosen One musim pertama mengangkat nama Amir sebagai anak orang asli yang berbakat besar. Amir memiliki tone suara yang sedap didengar dan nyanyiannya sering mengusik jiwa pendengar.
Sekian lama tidak mendengar perkhabaran Amir, warganet tertarik dengan perkongsian terbaru oleh salah seorang cikgu yang menjadi admin akaun Amir di media sosialnya. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Far.risk3 dan Termoj Production, telah dikongsikan satu video teaser nyanyian terbaru Amir.
Amir yang meningkat dewasa ini mengalami perubahan dari segi fizikal dan juga suara. Suara Amir sudah pecah dan garau tetapi tetap ada lunaknya. Menerusi video ini, Amir menyanyikan lagu Bintang dendangan asal kumpulan Budak Kacamata.

Ramai yang memuji suara Amir yang sudah berubah itu. Lenggok Amir masih sama dan nyanyiannya menusuk ke hati pendengar. Amir ada caranya tersendiri untuk menyanyikan lagu ini tanpa perlu meniru gaya penyanyi asal. Ramai yang merindui suara Amir yang merdu itu.
Jom tonton video di bawah :
@far.risk3 Jom Support BAKAT Dari rimba. nantikan Bintang Budak Kacamata cover by @Amir Sisi #fyppppppppppppppppppppppp #amir #bintangbudakkacamata
@termoj.production6 JANGAN CAKAP MINMIN TAK PAYUNG… Macam biasa..sambil skroll menu berbuka dan bazar ramadan mana nak pergi…Admin payung satu lagi teaser cover Unuk masa di Taiping.. Syarat nak release mv kedua ni, mv pertama cover lagu raya nanti kena la tinggi viewnya…sian director ngedit semuaa….Jwanji support yeee #diaridaripedalaman #termojproductionofficial #fyp #foryoupage #bintang
@termoj.production6 Ada yang rindukan suara Unuk??..Nantikan projek raya Unuk x Termoj Production sempena raya tahun ini..Follow rapat2 jangan terlepas!! #diaridaripedalaman #fyp #foryoupage
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Dari dlu lgi setiap nyanyian unuk dismpaikn dgn versi n cara tersendiri smp kita terlupa sapa artis asal lagu2 yg dinyanyikan. good job unuk. u slay.. “
” Bagus Unuk, cover lagu ni versi dia tersendiri.. orang suruh menyanyi pakai mulut, kenapa nyanyi pakai hati ni.. “
” Wow Amir, lain benar dah suara.. Amir dah dewasa, sedap suaranya.. good job Amir.. moga terus berjaya di hari mendatang.. “
” Dah besar dah si Unuk ni.. unuk always be the chosen 1. terbaik unuk. u r awesome.. smg dpermdhkn urusan mv nt. tak sabaq nk tggu full vid raya n bintang.. “
” Lagu versi sendiri, terbaik Unuk. Tak meniru gaya penyanyi asal menyanyi.. Alhamdulillah moga unuk terus maju jaya.. aamin.. “
” Dah tinggi sikit Unuk tp perangai playful msh nmpk jelas.. Comel unuk.. semoga terus berjaya dunia akhirat nak.. “
” Suara nya mendayu dayu da garau sikit Amir terus maju tunjokan gaya persembahan yang cantek mantap.. “
Suara Amir sudah berubah dan mendewasa, namun tidak mengurangkan kelunakan dan kemerduannya itu. Ini baru teaser sudah sedap didengar. Pastinya cover penuh oleh Amir ini akan menjadi kesukaan ramai. Semoga Amir terus maju jaya dan dimurahkan rezeki selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Termoj Production, Tiktok Far Risk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

