Artis / Selebriti
” Woiii, rambut ayah dah lah macam gini. Astaghfirullahaladzim, rambut ayah kau buat lukisan.. ” – Achey
Video Tiara Zinnirah menggunting rambut ayahnya, Achey Bocey untuk diletakkan pada lukisannya buat ramai terhibur. Sekali rambut Mama dia pun kena juga. Rambut Ayah tu dah lah tak berapa nak ada Tiara. Tiba-tiba jadi bahan projek seni pulak, haha..
Bagi yang gemar mengikuti perkembangan pelawak terkenal, Achey, pasti mengetahui bahawa Achey sering berkongsi pelbagai video telatah anak perempuan kesayangannya, Tiara Zinnirah. Setiap perkongsian mengenai Tiara sering mencuri perhatian ramai kerana keletahnya yang comel dan spontan membuatkan warganet tidak kering gusi.
Terbaru, menerusi perkongsian di akaun Instagram milik Achey, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan gelagat Tiara sedang menggunting rambut bapanya itu. Situasi tersebut mencuit hati ramai apabila Tiara dilihat begitu tekun melakukan “misi” menggunting rambut Achey tanpa rasa bersalah.
Menerusi video berkenaan, Achey sempat bertanya kepada Tiara mengapa dia sanggup menggunting rambutnya, lebih-lebih lagi apabila rambutnya sendiri tidak begitu lebat. Reaksi Achey yang kelihatan pasrah namun mencuit hati itu turut menghiburkan ramai yang menonton video tersebut.

Rupa-rupanya, rambut Achey yang digunting itu bukanlah dilakukan secara suka-suka. Tiara menggunakan rambut tersebut untuk dijadikan sebagai rambut pada lukisan yang dihasilkannya di atas kertas. Malah, kedengaran juga suara isteri Achey, Anne yang berkata bukan sahaja rambut Achey menjadi mangsa, malah rambutnya juga turut digunting oleh Tiara.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur menonton telatah Tiara menerusi video tersebut dan pelbagai kata-kata usikan telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sgt kreatif dan betul2 sel2 otak Tiara sedang berhubung . Achey terimalah kenyataan yg sungguh bertuah punyai anak yg cerdik lagi kelakar itu.. “
” Lagi dua kartun tu rambut ayahnya juga ke macam mana.. Ada mangsa lain ke.. Haha tak pernah tak buat hal lah Tiara ni.. “
” Tiara ada kerja sekolah kena siapkan tu.. Dia dah malas nk lukis rambut, ambil rambut original lah senang, haha.. “
” Betul2 Tiara ambil rambut betul letak kat lukisan tu, hahaha.. Kreatif betul.. Tak pernah terfikir pula buat mcm tu, haha.. “
” Ya Allah Tiaraaaa cerdik betul lah awak ni hahahahaah seni yg next level eh.. Kagum acik tengok hasil seni Tiara tu.. “
” Wehh kreatif sungguh lah dia.. Hahhaha berdekah aku tengok video ni. Tiara oiii, rambut ayah tu dah lah susah nk tumbuh, haha.. ”
” Bagus Tiara nie.. Think out of the box.. Another level lukisan.. Ni kalau masuk pertandingan mesti memang dapat no 1.. “
Perkongsian video itu sekali lagi mengundang tawa di kalangan warganet dan bukan itu sahaja, ramai yang memuji kreativiti Tiara menghasilkan seni lukisan dengan cara tersendiri, selain tidak dapat menahan ketawa melihat reaksi Achey yang lucu selepas menyedari rambutnya menjadi bahan “projek seni” anaknya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG acheykintangkintung
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mantap, tak padan dengan kecil. In character betul, seram pun ada tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wow, Raudhah speaking bunyi slang British… ” – Komen Netizen

