Artis / Selebriti
” Woi senak perut gelak. Sejak bila ada projek hap hap ni haha.. ” – Netizen
Video Gelagat Shashic Iewan Casting Untuk Projek Kahar Buat Warganet Terhibur. Struggle Betul Shashic Nak Sebut Dialog Aku Kahar Tu. Tiba-Tiba Amir Ahnaf Muncul Pula Depan Mata. Alamak Kahar Ori Lah, Cuak Shashic !!
Nama Shashic Iewan antara pelawak muka baru yang mula dikenali setelah menyertai beberapa pertandingan lawak negara antaranya pertandingan Maharaja Lawak Mega 2021. Kekurangan Shashic menjadi kelebihan kepadanya dan dia dikenali kerana gagap apabila bercakap.
Menerusi akaun Instagram Shashic, telah dikongsikan satu video terbaru Shashic yang memaparkan Shashic merakam dirinya sendiri. Shashic mengatakan dia hendak casting projek Kahar dan dia akan melakonkan babak yang dilakonkan oleh Kahar dalam siri Projek High Council.
Shashic cuba menyebut ayat trademark Kahar iaitu ‘ Aku Kahar ‘. Tengah Shashic tergagap-gagap hendak menyebut ayat itu tiba-tiba sahaja Amir Ahnaf muncul untuk membasuh tangan di sinki hadapan Shashic berdiri. Terus keluar dialog ‘Aku Kahar’ apabila Kahar original ada di depan mata.

Amir pun dengan muka selamba mengucapkan sorry kepada Shashic dan berlalu pergi. Elok member hendak berlatih dialog, ‘potong’ mood betul. Komen warganet, kalau hendak menunggu Shashic berdialog, alamatnya 10 episod pun belum sudah scene Shashic.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@shavshic Kalau tak dapat memang dia punca😡@Amir Ahnaf #projekhighcouncil #akuprojekkahar
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Sejak bila ada projek hap hap ni haha.. Manifesto elok² 5 minit, jadi 5 hari shashic oii.. Betul-betul Kahar kat sebelah haha.. ”
” Dalam banyak-banyak casting, aku suka yang ni haha. Kahar macam tahan gelak je tu.. Lawak la Shashic ni.. ”
” Takut 1 episod 2 jam je haha.. Macam tu je Kahar pergi tanpa rasa bersalah.. Crack la tiba-tiba ada Amir.. ”
” Haha sekali Kahar datang laa.. ini kalau ko jadi Kahar, mau durasi filem 3 jam untuk part 1.. Hah sorry perut tak tahan gelak haha.. ”
” Lagi kuat hap hal shic bila kahar keluar haha.. Banggg… Keluar je kat fyp aku, tgk ko nk wat projek kahar.. Aku dh gelakkk dl daaaa.. ”
” wooii senakk perutt gelakk.. adui shashic dengan akak ternganga nak tunggu cakap… ade pulak kaharnya haha.. ”
” Spoil lah Amir, member tahan gelak ke tu haha.. Kalau dye jd kahar budak budak x takut auto jd lawak nanti haha.. ”
Bayangkan Shashic menjadi Kahar, bukan jadi gangster kapla sekolah tetapi jadi pak lawak sekolah rasanya. Tak apa Shashic, teruskan membuat casting sampai lancar sebutannya, jangan berputus asa Apa-apa pun, ini hanyalah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga turut terhibur.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Shashic Iewan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen



